Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.pi.san] | ڤناڤيسن

Definisi : 1. perbuatan menapis: ~ minyak; ~ kertas kerja dilakukan oleh ahli jawatan­kuasa; 2. (Udg) pemeriksaan yg dibuat terhadap bahan terbitan, filem dsb dgn tujuan utk menghalang penyebaran atau penge­luaran bahan yg boleh dikira sebagai tidak bermoral, lucah, cabul atau mem­bahayakan keselamatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.pi.san] | ڤناڤيسن

Definisi : perbuatan, proses dsb menapis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penapisan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
filtrationpenapisanHerbaTiadaLihat penurasan.
Internet censorshippenapisan InternetTeknologi MaklumatTiadaTindakan pihak-pihak tertentu seperti kerajaan, organisasi atau entiti lain yang berkuasa untuk mengawal, menyekat atau mengehadkan akses terhadap maklumat di Internet.
negative pressure ambulanceambulans tekanan negatifKesihatan AwamTiadaAmbulans yang mempunyai pelbagai ciri tekanan negatif seperti sistem penapisan HEPA dan lampu UV khusus bertujuan untuk membersihkan udara dan memerangkap virus daripada merebak ketika petugas merawat kes penyakit berjangkit jenis bawaan udara. Ambulans ini turut dilengkapi dengan pod isolasi yang diperbuat daripada filem TPU khas dengan tiang ABS untuk kuatkan struktur usungan. Penggera keselamatan juga tersedia di kabin ambulans dan ruang pengasingan.
bactericidalbakterisidalHerbaPemiawaianKaedah rawatan yang berupaya memusnahkan bakteria. Antara kaedah bakterisidal yang biasa digunakan ialah pemanasan, penapisan, radiasi dan rawatan menggunakan bahan kimia. Contohnya, penggunaan ekstrak sirih (Piper bettle) untuk mencegah jangkitan bakteria.
herbal filtrationpenurasan herbaHerbaTiadaKaedah untuk mengasingkan partikel pepejal herba terampai daripada cecair ekstrak dengan cara mengalirkan larutan cecair melalui suatu bahantara. Contohnya penurasan larutan kacip fatimah untuk memisahkan hampas. Sinonim penapisan.
totalitariantotalitarianSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan pemerintahan yang berasaskan penguasaan ketat rejim politik terhadap individu supaya tunduk kepada pemerintah. Keadaan ini berlaku dalam semua aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, pengeluaran, pendidikan, pentadbiran atau ruang sosial. Persaingan politik tidak terdapat di sini seperti kehadiran parti pembangkang, NGO yang bebas, gerakan pelajar atau pilihan raya yang bebas. Penguasaan dalam pemerintahan ini dilakukan secara kekerasan undang-undang yang menekan termasuklah censorship (penapisan) dan terrorisme. Keadaan politik seperti ini dikatakan juga sebagai bersifat kediktatoran, autoritarian dan despotik. Contohnya, keadaan Jerman di bawah pemerintahan Hitler semasa Perang Dunia Kedua bersifat autoritarian.
crankcase ventilationpengalihudaraan kotak engkolKejuruteraan AutomotifEnjinPeredaran udara melalui kotak engkol semasa enjin sedang beroperasi untuk menyingkirkan air, gas hembus pintas dan pelbagai wap. Proses ini untuk mengelakkan pencairan dan pencemaran minyak pelincir, pembentukan enap cemar dan pertambahan tekanan dalam kotak engkol. Sistem ini mengambil alih peranan pengudara kotak engkol dengan menambah baik peranannya secara mengasingkan kotoran dan enap cemar melalui penapisan.

Kembali ke atas