patron-client | penaung-klien | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hubungan dua hala yang tidak seimbang antara penaung yang lebih dominan dan berkuasa dengan dinaung yang lebih rendah dan lemah. Penaung memiliki kekayaan, modal dan kuasa manakala dinaung merupakan orang kebanyakan, lemah dan bergantung kepada bantuan penaung. Walaupun begitu, penaung juga dalam waktu tertentu memerlukan bantuan dinaung dalam bentuk sokongan, tenaga dan undi. Hubungan simbiosis ini sukar dirungkai dalam masyarakat kerana sudah berlangsung lama dan diwarisi secara turun-temurun. Sinonim penaung-dinaung. Lihat juga sistem naungan. |
patronage system | sistem naungan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem masyarakat yang bergantung kuat kepada hubungan penaung-dinaung. Hubungan ini bersifat tidak seimbang walaupun wujud dalam keadaan dua hala antara penaung yang lebih dominan dan berkuasa dengan dinaung yang lebih rendah dan lemah. Penaung memiliki kekayaan, modal dan kuasa manakala dinaung merupakan orang kebanyakan, lemah dan bergantung kepada bantuan penaung. Walaupun begitu, penaung juga dalam waktu tertentu memerlukan bantuan dinaung dalam bentuk sokongan, tenaga dan undi. Hubungan ini menggambarkan masyarakat yang memiliki segala aktiviti baik dari sudut sosial, ekonomi dan politik yang berlegar dalam hubungan yang sama. Semua anggota masyarakat sudah terikat dengan amalan ini sehingga dianggap sebagai budaya. Sistem penaungan ini diamalkan di Itali, Sepanyol, Pakistan dan India apabila tuan tanah menjadi penaung utama dalam masyarakat tersebut. |
patron-client | penaung-dinaung | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat penaung-klien. |
machine politics | politik jentera | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pengurusan sesuatu parti atau organisasi yang tidak telus dan menjadi personal dengan kemunculan pemimpin tertentu yang menguasainya secara peribadi seperti seorang penaung. Pengurusan politik ini melibatkan aktiviti kebajikan dan bersifat responsif terhadap kehendak ahli. Politik ini sangat tertumpu kepada kuasa ketua yang bersifat suka mengarah dan tidak mengambil kira persoalan tanggungjawab, kecekapan, semak dan imbang serta ketelusan pengurusan. Walaupun begitu, sebahagian daripada tumpuan parti bertujuan membantu orang yang mengalami kesusahan. Contohnya, pengurusan Parti Demokrat New York yang lebih dikenali sebagai Tammany Hall pada abad ke-19 sering dikaitkan dengan amalan politik jentera. |
allegiance | kesetiaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kepatuhan atau taat setia oleh rakyat, pengikut atau penyokong terhadap pemerintah, ketua atau pemimpin masyarakat. Nilai ini bertunjang kuat dalam masyarakat feudal. Kepatuhan atau taat setia ini lazimnya bersifat tidak berbelah bahagi seperti yang terdapat dalam amalan penaung-dinaung. Asas kepada kesetiaan ini ialah kepentingan yang dimiliki oleh kedua-dua pihak. Contohnya, nilai kesetiaan rakyat terhadap pemerintah atau sultan seperti yang digambarkan dalam Sejarah Melayu. |
parataxis | parataksis | Kesusasteraan | Puisi | Proses penciptaan atau pembinaan frasa dan kalimat secara bersebelahan tanpa menggunakan kata hubung untuk menimbulkan kesan ketegasan dan kepadatan. Contohnya, puisi "Perpustakaan" karya Usman Awang. Perpustakaan tercinta ini, pelabuhan kebudayaan peradaban zaman, gedung akal laut bicara manusia, mutiara pendeta tasik pujangga, kota kebenaran penaung kebebasan ucap suara |