crankcase dilution | pencairan dalam kotak engkol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pencairan minyak pelincir oleh bahan api petrol dalam kotak engkol. Keadaan ini disebabkan oleh pemeluwapan gas hembus pintas dalam enjin sejuk yang menyelinap masuk melalui dinding silinder ke dalam kotak engkol. Pencairan menyebabkan minyak pelincir perlu ditukar dari semasa ke semasa seperti yang dijadualkan oleh pengeluar kenderaan. |
dilution factor | faktor pencairan | Kimia | Kimia Analisis | Faktor yang digunakan untuk mengira kepekatan suatu larutan hasil, dengan mengambil kira pencairan yang telah dilakukan terhadap larutan asal. Contohnya, 10.0 ml larutan asal dicairkan ke 1000.0 ml menghasilkan larutan yang mempunyai kepekatan 1 per 100 daripada kepekatan asal, iaitu mempunyai faktor pencairan 100. |
oil dilution | pencairan minyak | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pengurangan kepekatan minyak pelincir dalam kotak engkol. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh sisipan bahan api cecair dari kebuk pembakaran ke dalam kotak engkol dan bercampur dengan minyak pelincir. Percampuran ini mencairkan minyak pelincir dan mengurangkan keberkesanan fungsinya. |
discrete analysis | analisis diskret | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah analisis yang melibatkan pengolahan seperti pencairan, penambahan reagen, dan pencampuran yang dilakukan secara berasingan dan berurutan pada sampel. Analisis ini digunakan dalam kawalan proses atau di makmal analisis. Kaedah ini juga dikenali sebagai analisis kelompok. bd. analisis selanjar. |
crankcase ventilation | pengalihudaraan kotak engkol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peredaran udara melalui kotak engkol semasa enjin sedang beroperasi untuk menyingkirkan air, gas hembus pintas dan pelbagai wap. Proses ini untuk mengelakkan pencairan dan pencemaran minyak pelincir, pembentukan enap cemar dan pertambahan tekanan dalam kotak engkol. Sistem ini mengambil alih peranan pengudara kotak engkol dengan menambah baik peranannya secara mengasingkan kotoran dan enap cemar melalui penapisan. |
acid base buffer system | sistem penimbal asid-bes | Kejururawatan | Tiada | Sistem kawal atur penimbal asid-bes dalam badan yang membantu mengekalkan pH darah dengan mengekalkan kepekatan ion hidrogennya dan tidak berubah oleh pencairan, penambahan asid atau alkali. |
blowby | hembus pintas | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Hasil sampingan pembakaran, kebanyakannya mengandungi hidrokarbon yang bocor dari kebuk pembakaran melalui gelang omboh ke dalam kotak engkol ketika lejang mampatan dan lejang kuasa. Wap hembusan ini disedut ke dalam lejang pengambilan melalui sistem pengalihudaraan kotak engkol positif. Seterusnya, wap hembusan ini dibakar di dalam enjin. Lihat juga pencairan dalam kotak engkol. |