Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ca.rian] | ڤنچارين

Definisi : 1. perihal mencari: tahun 1950 hingga kini adalah sejarah ~ penyesuaian; 2. = mata ~ pekerjaan yg dibuat sehari-hari utk penghidupan: ~ orang di sana menoreh getah; 3. pendapatan, hasil pekerjaan: ~nya yg sedikit menghalang ia menghantar anaknya ke universiti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencarian

Peribahasa

Diperluas parak,
     tidak disiangi.

Bermaksud :

Kalau mata pencarian sudah bertambah, hendaklah dijaga dengan baik-baik.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
basic local alignment searching tool (BLAST)alatan pencarian penjajaran setempat asas (BLAST)BioinformatikBioinformatik MolekulAlgoritma dan program yang membandingkan maklumat jujukan DNA dan protein untuk pencarian homolog.
sequence similarity searchcarian persamaan molekulBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah pencarian jujukan molekul yang serupa atau mirip dari pangkalan data biologi dengan menggunakan teknik penjajaran. Perisian piawai yang digunakan dalam kaedah ini ialah alatan pencarian penjajaran setempat asas (BLAST).
homology searchcarian homologiBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah pencarian jujukan DNA, RNA atau protein yang serupa dan mirip dengan jujukan kajian daripada set data jujukan di dalam pangkalan data biologi. Carian homologi memberikan skor persamaan yang bererti kepada pasangan penskoran tinggi (HSPs).
computational thinkingpemikiran komputasionalPendidikanTiadaPemikiran yang melibatkan pencarian formula terhadap permasalahan dan penyelesaiannya dengan cara yang dilaksanakan oleh komputer.
omicsomikBioinformatikBioinformatik MolekulBidang kajian biologi sistem yang berkaitan dengan teknologi pencarian maklumat di dalam genom, proteom dan metabolom untuk melihat peranan, hubungan dan tindakan pelbagai jenis molekul di dalam sel.
extract bankbank ekstrakHerbaPemiawaianSatu sistem penyimpanan ekstrak herba bagi memudahkan pencarian dan mengekalkan kualiti ekstrak daripada kerosakan. Contohnya, bank ekstrak di makmal fitokimia menyediakan peti penyimpanan sejuk yang telah dilabelkan mengikut abjad.
compound bankbank sebatianHerbaPemiawaianSatu sistem penyimpanan sebatian tulen ekstrak herba bagi memudahkan pencarian dan mengekalkan kualiti sebatian tersebut daripada kerosakan. Contohnya, bank sebatian di makmal fitokimia menyediakan peti desikator yang dilabelkan mengikut abjad.
genderiectgenderiectKesusasteraanTiadaVariasi percakapan yang membezakan ujaran lelaki dengan ujaran wanita. Kajian genderlect dirangsang oleh feminisme dan pencarian identiti wanita. Perbezaan dalam ujaran dijadikan sebahagian daripada stereotaip seksual tanpa mengira kebenaran dan realitinya. Dalam sesetengah masyarakat, sifat suka membebel dikaitkan dengan wanita secara stereotaip dan kaitan ini dikekalkan dalam peribahasa, jenaka, dan karya kesusasteraan. Feminisme melatar depankan genderlect demi membantah stereotaip ini. Bagi para feminis, perbezaan dalam ujaran wanita boleh diterokai secara positif dari sudut pandangan wanita tentang realiti. Contohnya, genderlect dalam tulisan H�l�ne Cixous dan Luce Irigaray. Ahli antropologi sedar tentang perbezaan ini, namun dalam bidang sosiolinguistik minat mereka terhadap perkara ini bertambah sejak tahun 1970-an. Lihat juga ginokritisisme.
high-throughput screening (HTS)penyaringan keupayaan celusan tinggi (HTS)BioinformatikBioinformatik MolekulKaedah penyaringan sebatian berpotensi daripada perpustakaan sebatian kimia dalam pencarian ubat-ubatan baharu menggunakan kaedah perkomputeran.
myth criticismkritikan mitosKesusasteraanTiadaKaedah kritikan sastera yang menganggap sesebuah karya sebagai pernyataan atau rangkuman pola-pola dan struktur mitos yang sering berulang dalam sesuatu masyarakat. Kaedah ini akan mengkaji, meninterprestasi dan mengkategorikan sesebuah karya mengikut struktur dan unsur simbolik yang berkaitan dengan mitos tersebut. Kritikan ini juga menghubungkaitkan sastera dunia melalui penerapan mitos sejagat sepeti motif pencarian dan motif asal usul. Contohnya, sastera Barat dan Nusantara boleh dihubungkan dengan kajian motif pencarian yang terdapat dalam Hikayat Indera Putera dan Ullysses oleh Homer, sementara motif asal usul boleh dikaji dalam cerita panji dan mitos Yunani. Dalam konteks sastera moden, motif pencarian boleh dianalisis daripada karya Perjalanan Si Tenggang oleh Muhammad Haji Salleh dan Ulysses oleh James Joyce. Pengkritik utama kaedah kritikan ini termasuklah Joseph Campell dalam bukunya berjudul The Heor with a Thousand Faces dan Northrop Frye dalam bukunya berjudul Anatomy of Criticism. Lihat juga kritikan arketaip, tipa induk.
12

Kembali ke atas