electric assist choke | pencekik terbantu elektrik | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pencekik automatik yang mempunyai unsur pemanas elektrik kecil yang berfungsi untuk memanaskan pegas termostatik dalam pencekik yang menyebabkan pegas tersebut bertindak balas dengan lebih cepat untuk membuka pencekik sepenuhnya. |
choke | pencekik | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Plat atau injap dalam karburetor yang terbuka secara manual atau automatik ketika menghidupkan enjin sejuk. Pencekik beroperasi dengan mengecilkan laluan udara yang melalui hon udara sehingga menghasilkan ruang vakum separa dalam karburetor dan menghasilkan campuran lebih. Keadaan ini mengehadkan pengaliran udara dan menghasilkan tekanan separa vakum di belakang injap yang menyebabkan pengaliran bahan api bertambah lalu mewujudkan campuran lebih. Pencekik ini akan terbuka secara automatik apabila enjin menjadi panas. Sinonim plat cekik. |
automatic choke | pencekik automatik | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pencekik dalam sistem masukan enjin yang boleh melaras sendiri kedudukannya mengikut suhu dan pemasaan enjin. Proses melaras boleh berlaku sama ada secara termostatik atau elektromagnetik. |
choke | pencekik | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Injap yang terdapat di dalam corong karburetor, yang digunakan untuk memperkaya campuran udara-bahan api bagi memudahkan enjin dihidupkan semasa sejuk. |
choke plate | plat cekik | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Lihat pencekik. |
fast idle cam | sesondol melahu cepat | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti berbentuk sesondol dalam karburetor yang bersambung dengan pencekik automatik. Peranti ini bertujuan untuk memegang injap pendikit supaya terbuka sedikit apabila enjin masih berkeadaan sejuk. Sesondol melahu cepat membolehkan enjin melahu pada kelajuan lebih tinggi sehingga enjin mencapai suhu operasi. |
fast idle cam | sesondol melahu cepat | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Mekanisme di dalam karburetor, yang bersambung dengan pencekik automatik dan memegang injap pendikit. |
two-barrel carburetor | karburetor dua laras | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Karburetor yang mempunyai dua laras tunggal karburetor dalam satu pemasangan. Terdapat dua jenis penggunaan karburetor dua laras, iaitu pertama, membekalkan campuran kepada separuh daripada bilangan silinder enjin seperti yang digunakan dalam V-8 enjin. Satu laras untuk membekalkan bahan api kepada silinder nombor 2, 3, 5 dan 8 manakala satu lagi membekalkan silinder nombor 1, 4, 6 dan 7. Kedua, barel utama membekalkan campuran bahan api kepada silinder yang sama sehingga injap pencekiknya terbuka melebihi 45° bukaan. Kemudian injap pencekik barel kedua mula terbuka dan bahan api tambahan dibekalkan melalui kedua-dua barel. |