final-average plan | rancangan purata akhir | Pentadbiran | Tiada | Rancangan pencen yang menawarkan pencen bergantung kepada gaji purata pada tahun akhir perkhidmatan. |
reducing option | opsyen mengurang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Opsyen dalam skim pencen kepada pesara untuk menerima pencen yang lebih rendah imbalan kepada pencen yang lebih tinggi kepada pasangannya apabila pesara meninggal dunia. |
pension administration plan | pelan tadbir pencen | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pelan pencen yang diunderait untuk kumpulan yang besar dengan sumbangan daripada majikan untuk membentuk satu dana yang diuruskan oleh insurer. Dana ini akan menerima pulangan dan membayar belanja penyelenggaraan. Oleh kerana pelan ini tidak dijamin ataupun mempunyai peruntukan luar jangka maka dana ini perlu diseimbangkan setiap tahun. |
last pay pension scheme | skim pencen gaji akhir | Pentadbiran | Tiada | Pengiraan pencen yang berkairan dengan gaji akhir ataupun gaji purata bagi beberapa tahun terakhir. |
pension trust | amanah pencen | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Amanah yang diwujudkan untuk menguruskan sesuatu pelan pencen. |
funded pension plan | pelan pencen terbiaya | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kaedah sistematik yang digunakan oleh insurer untuk menumpukan amaun dana yang akan digunakan untuk memenuhi tuntutan pelan pencen. |
pay-as-you-go plan | pelan bayar sambil lalu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Istilah skim pencen, ini digunakan apabila tiada pendanaan atau rizab diwujudkan untuk membayar liabiliti pencen pada masa hadapan. Ini bermakna bahawa caruman daripada ahli yang masih bekerja akan digunakan untuk membayar faedah persaraan kepada ahli yang telah bersara. |
combination plan life | pelan gabungan hayat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Di dalam pengurusan pencen, istilah ini dipakai apabila kontrak insurans hayat digabungkan dengan dana tambahan, tujuan untuk menambahkan lagi jumlah wang bagi orang yang akan menerima pencen atau anuiti di masa hadapan. |
past service benefit | faedah perkhidmatan lampau | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pemberian kredit dalam polisi insurans persaraan atau pencen kepada pekerja untuk jangka masa perkhidmatannya sebelum tarikh kuat kuasa pelan persaraan. Contoh: pihak yang diinsuranskan akan memulakan pelan pencen pada 1 Januari 1993. Pekerja yang layak akan diberi kredit mengikut tempoh perkhidmatannya sebelum tarikh tersebut. |
pension | pencen | Pentadbiran | Tiada | Tiada |