digital storytelling | penceritaan digital | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Kaedah penyampaian kandungan sesuatu tajuk yang menggabungkan video, foto dan grafik digital dengan kaedah penceritaan. Video pendek berdurasi dua ke tiga minit yang mengandungi unsur visual, audio, bunyi, animasi dan suara latar berdasarkan skrip bagi mencipta cerita digital yang menarik. Kaedah penceritaan digital ini boleh diintegrasikan ke dalam pelbagai aktiviti e-pembelajaran. |
montage | montaj | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah yang digunakan oleh pengarang untuk melahirkan makna atau suasana dalam karya. Kaedah ini melibatkan gabungan beberapa unsur penceritaan, peristiwa secara bertentangan atau jukstaposisi. Gabungan unsur penceritaan yang pelbagai sering dibuat tanpa susunan yang teratur atau logik sehingga memberi kesan tertentu kepada khalayak. Montaj banyak terdapat dalam bidang seni reka, drama dan filem. Dalam kesusasteran, penggunaan montaj ditemui dalam novel dan cerpen yang menggunakan pelbagai bentuk teknik penceritaan, khususnya dalam karya berbentuk tak konvensional. Makna atau kesan yang terdapat dalam cerita disampaikan melalui susunan peristiwa atau unsur yang saling bertentangan dan bukannya melalui susunan yang teratur seperti dalam karya konvensional. Montaj biasanya disampaikan melalui monolog dalaman watak dalam karya. Contoh penggunaan montaj dapat dilihat dalam novel bertajuk Daerah Zeni oleh A. Samad Said. |
objective point of view | sudut pandangan objektif | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah penceritaan daripada pengarang yang menempatkan dirinya di luar cereka dan mengisahakan perkara yang berlaku tanpa melakukan sebarang bentuk komentar yang memihak atau bersifat peribadi. Kaedha penceritaan seperti ini dikenali juga sebagai teknik lalat di dinding (fly-on-the-wall technique), pengarah sembunyi diri (self-effacing author), dan pandangan kamera (camera eye). |
fabulation | fabulasi | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk cereka yang mengetepikan pemaparan realiti secara tepat. Contohnya dalam cereka realistik. Cereka ini secara sedar dan sengaja memperagakan hakikat penceritaan bahawa segala yang dipaparkan hanyalah suatu bikinan. Cereka ini menonjolkan alat penceritaan yang digunakan khusus untuk membangunkan cereka tersebut. Fabulasi sering dikaitkan dengan tulisan Robert Scholes yang berjudul The Fabulators (1967). Namun pada awal tahun 1484, Caxton telah menggunakan istilah fabulator untuk maksud ini. Lihat juga metafiksyen, pascamodenisme, realisme magis. |
authorial intusion | celahan pengarang | Kesusasteraan | Tiada | Alat penceritaan yang membenarkan pengarang untuk memberhentikan cerita sejenak, keluar daripada cerita dan berbicara secara terus-menerus dengan pembaca. Tidak seperti watak dalam cerita yang dikisahkan, celahan pengarah merupakan suara orang yang tidak terlibat sama sekali dalam aksi cerita. Justeru, suara tersebut dapat memainkan peranan sebagai pembekal maklumat yang tidak diketahui oleh watak dalam cerita. Celahan pengarang tidak semestinya berbentuk percakapan intim seorang pengarang seperti yang terdapat dalam diari atau memoir. Celahan pengarang boleh juga dianggap sebagai pengarang tersirat apabila suara pengarang tidak ketara tetapi tetap diketahui dan difahami. Dalam perkembangan teknik penceritaan, celahan pengarang dipinggirkan untuk sekian waktu kerana dianggap terlalu menonjol, tidak halus, dan tidak berseni tinggi. Namun begitu, pada dekad 1970-an, celahan pengarang digunakan semula apabila bentuk cereka metafiksyen diperkenalkan, dan mula mendapat perhatian ramai. Dalam sastera Melyu moden, bentuk celahan pengarang dapat dilihat pada penggunaan �kalam�, �kertas� dan �dakwat� seperti dalam novel Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh al-Hadi. Contohnya, �llahu Akbar, di sini lemahlah kalam daripada melata di atas kertas yang bersih ini pada menggoreskan apa-apa yang berlaku di antara kedua asyik dan maksyuk ini di dalam peraduannya. Tetapi oleh sebab bersangatan kalam takutkan kemurkaan sekalian tuan-tuan pembaca yang dikasihi, terpaksalah juga kalam mendayu-dayu dan bergurindam dengan syair yang melipurkan sedikit asyik cinta berahi kalam yang berlamaan akan kertas yang saf ini�. Lihat juga metafiksyen, pengisah ketara. |
deus-ex-machina | dens-ex-machina | Kesusasteraan | Tiada | Alat penceritaan yang digunakan secara mendadak, tidak wajar, kurang munasabah, diada-adakan atau secara paksa. Tujuannya untuk menyelesaikan keadaan sukar yang timbul dalam cerita yang tidak dapat di tangani oleh pengarang dengan meyakinkan. Deus-ex-machina boleh muncul dalam pelbagai bentuk seperti kebetulan yang tidak disangka-sangka, magis, sakti atau kuasa ghaib yang muncul secara tiba-tiba untuk membantu wira yang hampir tewas. Hal ini dianggap satu kelemahan dalam penulisan, biasanya digunakan dengan nada negatif dan sering ditemui dalam melodrama. Deus-ex-machina berasal daripada drama Yunani purba apabila watak tuan diselitkan dalam cerita untuk menyelamatkan situasi yang genting. Tuhan diturunkan ke pentas dengan menggunakan jentera. Deus-ex-machina sering ditemui dalam cerita yang mempunyai plot yang rumit dan berbelit-belit seperti dalam novel Ton Jone (1749) oleh Joseph Fielding dan Bleak House (1852) oleh Charles Dickens. Dalam sastera Melayu, alat penceritaan seperti ini biasa digunakan, dan kehadirannya ditandai dengan frasa, �...maka dengan sekonyong-konyongnya...�. Deus-ex-machina berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �tuhan jentera�. Lihat juga melodrama, plot. |
narration | pengisahan | Kesusasteraan | Puisi | Penceritaan sesuatu, yang berkaitan dengan tokoh legenda dan mitos. Contohnya, Syair Siti Zubaidah dan Syair Dandan Setia. |
flashforward | imbas depan | Kesusasteraan | Tiada | Teknik penceritaan yang digunakan dalam naratif atau drama untuk memberikan gambaran dan isyarat kepada pembaca tentang apa yang akan berlaku pada cerita selanjutnya. Contohnya, kemungkinan berlakunya malapetaka. Imbas depan sering digunakan untuk meningkatkan ketegangan pembaca atau membolehkan pembaca menerima apa yang berlaku dan bukannya di luar dugaan. Imbas depan dikenali juga sebagai kilas atau bayangan depan. Lihat juga pemikat naratif. |
flashback | imbas kembali | Kesusasteraan | Tiada | Teknik penceritaan yang digunakan dalam naratif atau drama untuk memasukkan peristiwa atau kejadian yang telah berlaku sebelum bermulanya cerita yang sedang dikisahkan. Penggunaan imbas kembali membolehkan penulis memberikan maklumat yang menjadi latar belakang kepada cerita yang sedang dikisahkan. Teknik ini membolehkan cerita bermula di tengah-tengah, kemudian menyorot ke belakang dan seterusnya menyambung cerita semula. Dengan cara ini, jalinan atau sambungan cerita lebih jelas antara peristiwa yang lalu, sekarang, dan akan datang, sekali gus dapat menyerlahkan kesan rentetan kronologi yang utuh. Imbas kembali boleh dilaksanakan melalui mimpi, kenangan kembali, khayalan atau perbulan. Contoh imbas kembali ditemui dalam novel Azmah Nordin berjudul Mega Nisaa, Halusinasi dan Singgahmata. Teknik imbas kembali juga terdapat dalam filem. Lihat juga in medias res. |
folk ballad | balada rakyat | Kesusasteraan | Puisi | Puisi kisahan atau penceritaan yang asalnya untuk dinyanyikan dan tidak dikenali penciptanya. Kisahan ini mengandungi isi dan emosi yang sederhana serta disampaikan secara lisan. Bentuknya terdiri daripada bait-bait yang pendek dan mempunyai empat baris. |