web printing | pencetakan web | - | Tiada | Kaedah cetak dengan cara menyuapkan kertas gulung ke dalam mesin. |
digital printing | pencetakan digital | - | Tiada | Proses mencetak imej digital kepada pelbagai media. |
sheet fed offset printing | pencetakan ofset suapan kertas | - | Tiada | Kaedah cetak dengan cara menyuapkan kertas sehelai demi sehelai ke dalam mesin. |
chiaroscuro | kiaroskuro | Kesenian | Hiasan Dalaman | Sistem pencetakan seni ukir yang menggunakan beberapa blok atau plat untuk menunjukkan warna terang dan gelap. |
mass production printing | cetak skala besar | - | Tiada | Pencetakan dalam kuantiti yang besar. |
print-on-demand (POD) | cetak ikut permintaan (POD) | - | Tiada | Pencetakan bahan terbitan berdasarkan kuantiti yang diperlukan oleh pelanggan |
nanoscale lithography | litografi nanoskala | Fizik | Nanoteknologi | Seni dan sains pemunaran, penulisan dan pencetakan huruf atau litar pada peringkat skala nanometer. Proses ini termasuklah kaedah mengubah suai cip semikonduktor pada skala atom untuk tujuan fabrikasi litar bersepadu. Peralatan yang digunakan dalam nanolitografi ini termasuklah mikroskop penerowongan imbasan (STM) dan mikroskop daya atom (AFM). |
folio | folio | Kesusasteraan | Tiada | Satu lembar kertas cetak yang apabila dilipat dua, menjadi empat halaman. Dalam tradisi percetakan Eropah, folio bermaksud sebuah buku bersaiz 12 inci x 15 inci. Folio juga merupakan kaedah penjilidan buku yang awal. Contohnya, drama Shakespeare telah dibukukan dalam folio pada tahun 1623. Walau bagaimanapun folio bukan hanya terbatas kepada bahan tulisan sastera tetapi juga meliputi bahan lakaran, seni lukis, gambar, kraf dan lain-lain. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, folio merupakan suatu bentuk yang biasa dalam penulisan manuskrip Melayu. Sebelum kaedah pencetakan dan penjilidan saintifik diperkenalkan di Tanah Melayu, pengarang Melayu menghasilkan karya dalam bentuk folio yang berbeza saiz dan bentuknya. Kini, contoh folio manuskrip Melayu masih tersimpan di beberapa buah perpustakaan, arkib, dan muzium. Folio berasal daripada perkataan latin yang bermaksud �helai�. |