Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.cip.ta] | ڤنچيڤتا

Definisi : (orang) yg menciptakan (menjadikan, membuat, mewujudkan): ~ fesyen pakaian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.cip.ta] | ڤنچيڤتا

Definisi : (orang) yg mencipta: Orang masih bertanya-tanya siapakah sebenarnya ~ lagu Terang Bulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencipta


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
content creatorpencipta kandunganTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaIndividu yang menyediakan kandungan maklumat seperti video, blog atau catatan media sosial terutamanya dalam media digital untuk pengguna secara dalam talian.
encrypted virusvirus tersulitTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus komputer yang kodnya disulitkan oleh pencipta virus. Virus jenis ini akan merumitkan pengesanan oleh perisian antivirus dan sistem pengesan pencerobohan kerana pola yang sering berubah serta sukar diramal.
nerf (online gaming)nerf (permainan dalam talian)e-SukanTiadaKuasa yang ditentukan oleh pencipta permainan video dalam talian untuk mengurangkan kekuatan sesuatu karakter bagi mencapai keseimbangan dalam permainan.
plagiarismplagiarismeKriminologiKeadilan JenayahSuatu bentuk jenayah terhadap harta intelek, iaitu karya atau reka cipta yang dihasilkan semula tanpa keizinan pencipta asal atau secara bertentangan dengan kepentingan hak pemilik harta intelek.
paratextualityparatekstualitiKesusasteraanTiadaPencedokan bahan daripada karya asal yang kemudiannya digunakan dalam teks baharu bertujuan menghasilkan parodi. Parodi ialah karya sastera yang meniru gaya pengarang atau pencipta lain dengan cara yang melucukan atau menyindir.
buff (online gaming)buf (permainan dalam talian)e-SukanTiada1. Kuasa yang diperoleh pemain setelah bertempur dan mematikan sesuatu objek dalam permainan video dalam talian. 2. Kuasa yang ditentukan oleh pencipta permainan video dalam talian untuk meningkatkan kekuatan sesuatu karakter dalam permainan.
romantic ironyironi romantikKesusasteraanTiadaKeadaan atau situasi dalam penulisan (drama, kisah) yang melibatkan kemunculan pengarang dalam cerita untuk membina ilusi dan memusnahkan kesan ilusi lain dalam cerita itu. Pengarang menyatakan bahawa dirinya pencipta yang bebas menentukan watak serta aksi watak dalam cerita. Penulis (karya) yang memperihalkan suara sedar kendiri hampir dengan perasaan simpati diri. Puisi berjudul Don Juan oleh Lord Byron dianggap puisi terunggul yang menggunakan suara ironi romantik. Ramai penulis puisi moden pada masa ini menghasilkan karya yang memberikan tumpuan kepada suara kendiri dan mempunyai kualiti bunyi (ton) seperti ini. Contoh ironi juga ditemui dalam novel Tristram Shandy oleh Lawrence Sterne.
shi�r ?l-f?khrshi�r ?l-f?khrKesusasteraanTiadaPuisi Arab yang bertemakan kebanggaan. Puisi ini menjadi nadi kesusasteraan Arab klasik. Menurut sebahagian pengkritik sastera, tema puisi ini merentasi tema yang lain seperti shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?�. Shi�r ?l-f?khr berbeza dengan shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?�. Melalui Shi�r ?l-f?khr, seseorang penyair merakamkan kelebihan peribadi dan komuniti masyarakat yang diwakilinya dengan penuh kebanggaan, sedangkan shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?� merupakan tradisi penyair yang mencari habuan dengan menyanjung individu tertentu dan mencela orang lain. Pada zaman ini, menjadi fitrah atau tabii bagi kabilah Arab mengangkat kedudukan kabilah masing-masing. Contohnya ialah kebanggaan Hatim al-Ta�i, seorang sasterawan Jahiliah terhadap kemuliaan peribadi dan sikap pemurahnya sendiri. Pada zaman Islam dan seterusnya, kebanyakan penyair Islam dan al-muwalladun (penyair bukan Arab yang dilahirkan di rantau Arab) telah menghasilkan shi�r ?l-f?khr yang dibuat-buat, tidak seperti pada zaman Jahiliah. Fenomena ini berpunca daripada faktor perbezaan fahaman politik dan parti antara satu golongan dengan golongan yang lain. Oleh yang demikian, shi�r ?l-f?khr pada zaman ini mengandungi mesej shi�r ?l-hij?�. Antara pencipta shi�r ?l-f?khr ialah Imru�al-Qays (Diwan, zaman Jahiliah) dan Abdullah ibn Amir (Diwan, zaman awal Islam). Lihat juga shi`r ?l-?am?s?h, shi`r ?l-m?d?.

Kembali ke atas