Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.cu.ci] | ڤنچوچي

Definisi : 1. orang yg mencuci, tukang cuci; 2. alat (benda dll) yg digunakan utk mencuci; ~ mulut benda manis (spt buah-buahan dsb) yg dimakan selepas makan nasi dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.cu.ci] | ڤنچوچي

Definisi : 1 orang yg kerjanya mencuci; tukang cuci. 2 sesuatu yg digunakan utk mencuci: serbuk ~ kain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencuci


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
washer tanktangki pencuciKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTangki di ruang enjin yang mengandungi bahan pencuci untuk mencuci cermin hadapan dan belakang menggunakan lengan pengelap.
developerpencuciKimiaKimia AnalisisSebatian oragnik yang akan bertindak pada gentian tekstil untuk menghasilkan warna.
self-cleaning windowtingkap swacuciFizikNanoteknologiKeadaan tingkap kaca yang disaluti filem tipis nanozarah titanium dioksida yang tidak memerlukan bahan pencuci untuk membersihkannya. Salutan zarah titanium dioksida mempunyai dua sifat. Pertama, zarah ini menyerap sinaran ultralembayung daripada cahaya matahari yang memberi kesan fotomangkinan untuk memecahkan kotoran bahan organik. Kedua, salutan tersebut menjadikan permukaan kaca bersifat hidrofilik. Titisan curahan air yang jatuh ke atas permukaan tersebut akan bergabung sambil menarik kotoran jatuh ke bawah. Tingkap seperti ini menjimatkan kos pencucian tingkap bangunan tinggi, di samping mengurangkan pencemaran alam sekitar akibat penggunaan bahan pencuci.
dry foambuih keringKesenianHiasan DalamanCecair pencuci yang mengandungi air berkimia yang digunakan untuk membersihkan permukaan permaidani. Buih kering ini juga digunakan untuk memudahkan proses menanggalkan kotoran sebelum permukaan tersebut dibersihkan dengan kaedah vakum.
pile settingpenegak pailKesenianHiasan DalamanMesin yang digunakan oleh pencuci karpet untuk mencuci karpet semasa proses menegak dan meratakan benang permaidani yang basah dengan berus dan syampu khas.
heated-air systemsistem udara panasKejuruteraan AutomotifEnjinSistem kawalan haba dalam lingkaran pencuci udara yang mengekalkan suhu udara masukan, melalui campuran udara sekitaran dengan udara panas dari selubung pada pancarongga ekzos.
brush rollpengguling berusKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang mempunyai berus dan minyak pencuci untuk mencuci kepingan logam.
darkroom equipmentperalatan bilik gelapTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikPeralatan yang terdapat di dalam bilik gelap untuk tujuan pemprosesan filem. Contohnya, lampu cahaya selamat, tangki pencuci, tangki cecah bantut, tangki penetap, tangki air dan pengering.
film processingpemprosesan filemTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikLangkah yang diperlukan untuk mencuci filem dalam kaedah radiografi seperti pembangun filem, larutan bantut, penetap, basuhan dan pengeringan. Setiap langkah ini dilakukan di dalam tangki pencuci yang mempunyai bahagian yang berbeza-beza pada suhu dan masa tertentu berdasarkan spesifikasi pengeluar filem.

Kembali ke atas