high-energy ignition (HEI) | pencucuhan tenaga tinggi | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sistem pencucuhan elektronik yang berupaya untuk menjana voltan sekunder setinggi 35 000 volt atau lebih. Sistem ini menggantikan pencucuhan titik sentuhan dan membolehkan penggunaan palam pencucuh yang mempunyai celahan yang lebih lebar dan menghasilkan penggunaan bahan api yang lebih ekonomi dan pancaran ekzos lebih rendah. Singkatan HEI. |
spark ignition | pencucuhan bunga api | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Proses pencucuhan bahan api untuk memulakan pembakaran campuran udara-bahan api termampat semasa lejang mampatan yang dimulakan oleh bunga api dari palam pencucuh. Proses ini merupakan kaedah pencucuhan yang biasa digunakan dalam enjin gasolin. Singkatan SI. |
detonation | letusan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Letupan kedua dalam kebuk pembakaran yang tidak terkawal dalam enjin pencucuhan bunga api. Semasa pencucuhan, sebahagian campuran udara-bahan api dibakar oleh palam pencucuh menyebabkan campuran yang belum terbakar men- galami kenaikan tekanan. Suhu akibat proses mampatan omboh menyebabkan wujud nyalaan kedua yang spontan. Nyalaan ini bergerak pada arah yang bertentangan dengan nyalaan pertama dan pertembungan kedua-dua nyalaan ini menghasilkan letupan, menyebabkan enjin bergetar. Fenomena ini boleh dikurangkan atau dielakkan dengan penggunaan bahan api berplumbum atau bahan api tanpa plumbum bernombor oktana tinggi seperti oktana 97. |
dieselling | pendieselan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Keadaan enjin pencucuhan bunga api yang menggunakan bahan api gasolin dengan sistem karburetor yang terus beroperasi walaupun sistem pencucuhan telah dimatikan. Pendieselan berlaku disebabkan wujudnya mendakan karbon yang membentuk titik-titik panas yang masih membara dalam kebuk pembakaran. Haba yang terhasil oleh mendakan ini cukup untuk berfungsi sebagai unsur pencucuhan. |
direct ignition system | sistem pencucuhan terus | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sistem pencucuhan yang menghantar denyutan voltan tinggi terus ke palam bunga api. Penghantaran voltan ini dikawal oleh pemodulat. Sistem ini tidak menggunakan pengagih seperti pada sistem konvensional. |
preignition | prapencucuhan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pencucuhan campuran udara-bahan api yang berlaku lebih awal di dalam kebuk pembakaran, sebelum berlakunya pencucuhan bunga api sebenar pada palam pencucuh. |
compression ignition engine | enjin pencucuhan mampatan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Enjin yang menggunakan haba yang dijanakan daripada proses mampatan udara semasa lejang mampatan, untuk memulakan pembakaran. Proses ini merupakan kaedah pencucuhan yang biasa digunakan dalam enjin diesel. |
spark ignition engine | enjin pencucuhan bunga api | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Enjin yang menggunakan palam pencucuh untuk memulakan pembakaran campuran udara-bahan api termampat semasa lejang mampatan. Proses ini merupakan kaedah pencucuhan yang biasa digunakan dalam enjin gasolin. |
Nox control module | modul kawalan Nox | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Kawalan pencucuhan elektronik yang dipasang pada kenderaan dengan kawalan enjin. Tujuannya untuk mengubah suai ciri pe masaan pencucuhan enjin bagi mengurangkan pancaran Nox. |
knock sensor | penderia ketukan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Penderia yang mengesan letupan dalam kebuk pembakaran dan menghantar isyarat kepada modul kawalan elektronik atau modul kawalan rangkaian kuasa. Keadaan ini menyebabkan modul kawalan elektronik menghantar isyarat kepada sistem pencucuhan untuk merencat pencucuhan seketika sehingga letupan berakhir. |