public opinion | pendapat awam | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pandangan , sikap, kepercayaan dan persepsi individu dalam masyarakat yang diperoleh melalui pungutan pendapat terhadap satu segmen masyarakat yang boleh mewakili pendapat umum terhadap sesuatu perkara. Pendapat umum ini dianggap pendapat masyarakat walaupun ia hanya diperoleh daripada sebahagian kecil masyarakat tersebut. Pendapat ini diperoleh melalui kaedah banci, temu bual, intenet dan telefon. Tinjauan pendapat ini diadakan dari semasa ke semasa sekiranya isu atau perkara itu masih dalam perhatian orang ramai. Contohnya, pendapat umum terhadap persaingan kerusi Presiden Amerika Syarikat antara Kerry dan Bush pada tahun 2004. |
mass opinion | pendapat massa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pandangan dan persepsi orang ramai dalam masyarakat yang digambarkan melalui tindakan dan suara mereka sama ada melalui akhbar, bantahan atau diperoleh melalui pungutan suara. Pendapat massa ini menggambarkan pendapat dan kehendak masyarakat tersebut dan boleh berubah mengikut masa dan isu tertentu yang menjadi perhatian orang ramai. Walau bagaimanapun pendapat massa ini tidak semestinya dapat mempengaruhi keputusan politik, ia bergantung juga kepada kekuatan dan dasar kerajaan. Contohnya, pendapat massa yang menentang campur tangan dan penglibatan tentera Amerika Syarikat di Iraq pada tahun 2003, tidak dipedulikan oleh kerajaan penceroboh tersebut. |
pollster | peninjau pendapat awam | Sains Politik | Politik Perbandingan | Individu atau organisasi yang mengendalikan tinjauan pendapat awam. Individu atau organisasi ini bertanggungjawab memproses setiap perolehan tinjauan yang telah dibuat bagi mengumpulkan data-data untuk menghasilkan satu rumusan tinjauan pendapat. Lazimnya, rumusan tinjauan ini akan digunakan oleh parti-parti politik atau media untuk menyediakan strategi dalam menghadapi pilihan raya. Contohnya, akhbar News Straits Times dan Star sering menjadi peninjau pendapat setiap kali menjelang pilihan raya. Sinonim peninjau pengundi. |
opinion poll | tinjauan pendapat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kajian pendapat yang dilakukan untuk mengetahui pandangan masyarakat terhadap sesuatu isu. Kajian ini boleh dilakukan secara soal selidik, kertas undi, telefon dan e-mel. Tinjauan ini biasanya dilakukan oleh kerajaan, parti politik, media atau golongan pendesak apabila muncul sesuatu isu. Contohnya, di Amerika Syarikat tinjauan pendapat sering dilakukan untuk melihat calon yang memiliki paling banyak sokongan semasa pilihan raya memilih presiden. |
opinion survey | tinjauan pendapat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kajian pendapat yang dilakukan untuk mengetahui pandangan masyarakat terhadap sesuatu isu. Kajian ini boleh dilakukan secara soal selidik, kertas undi, telefon dan e-mel. Tinjauan ini biasanya dilakukan oleh kerajaan, parti politik, media atau golongan pendesak apabila muncul sesuatu isu. Contohnya, di Amerika Syarikat tinjauan pendapat sering dilakukan untuk melihat calon yang memiliki paling banyak sokongan semasa pilihan raya memilih presiden. |
dissident | penentang | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kelompok atau puak yang bertentangan pendapat atau idealisme dengan pihak berkuasa. Kelompo kini boleh diklasifikasikan kepada dua bentuk yang utama iaitu pertama, golongan penentang yang berbeza pendapat secara perlembagaan. Golongan ini bertindak secara yang dibenarkan oleh perlembagaan seperti turut sama dalam proses pilihan raya, perundingan dan kerjasama dengan pihak berkuasa. Parti pembangkang boleh diklasifikasikan dalam kategori ini. Kedua, golongan penentang yang berbeza pendapat secara luar batasan perlembagaan. Golongan ini bukan sahaja enggan bekerjasama atau berunding dengan kelompok yang berkuasa malah menggunakan tindakan yang agresif bagi memperoleh kuasa. Golongan ini biasanya dikenali sebagai subversif. Contoh golongan penentang jenis ini ialah Parti Komunis Malaya. |
poll | pengundian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pilihan raya atau tinjauan pendapat yang diadakan untuk memilih wakil rakyat atau untuk memperoleh sesuatu pandangan. Pengundian diadakan secara berkala dengan penglibatan pemilih untuk memilih calon wakil rakyat manakala pungutan suara atau tinjauan pendapat awam diadakan apabila perlu untuk melihat sesuatu isu. Pengundian lazimnya diadakan dalam satu atau beberapa hari yang ditetapkan dan hanya pengundi berdaftar yang layak mengundi. Pemilih dikehendaki menandakan calon yang dipilih dalam kertas undi yang disediakan dan kemudian memasukkannya ke dalam kotak undi ang disediakan di pusat mengundi. Pungutan suara pula boleh dilaksanakan dalam bentuk kertas tinjauan, temu bual secara langsung, telefon, internet dan sebagainya. Pelaksanaan pungutan suara lebih fleksibel dan tidak terikat dengan pelbagai peraturan perundangan. Contoh pengundian ialah pilihan raya umum di Malaysia yang diadakan pada setiap empat atau lima tahun sekali. Sinonim pungutan suara. |
life income policy | polisi pendapat hayat | insurans | Tiada | Polisi insurans hayat yang menawarkan pendapatan sepanjang hayat kepada waris insured apabila insured meninggal dunia. |
argument | hujah | Kesusasteraan | Puisi | Pembuktian kebenaran gagasan, pendapat atau pendirian peribadi yang bertujuan untuk meyakinkan khalayak. |
Allen's rule | hukum Allen | Biologi | Tiada | Pendapat yang mengatakan bahawa anggota yang terjujur seperti ekor, telinga, tangan, dan kaki untuk sesuatu kumpulan spesies lebih pendek secara relatif di kawasan sejuk daripada kawasan panas. |