income tax | cukai pendapatan | Ekonomi | Tiada | Cukai yang dikenakan terhadap pendapatan perseorangan dan pendapatan atau untung syarikat. Lihat juga cukai pendapatan perseorangan dan cukai syarikat. |
personel income tax | cukai pendapatan perseorangan | Ekonomi | Tiada | Cukai yang dikenakan terhadap pendapatan yang diterima oleh individu atau isi rumah, iaitu termasuk gaji dan upah, dan pendapatan daripada harga seperti sewa, dividen, atau bunga. Pendapatan boleh cukai ialah jumlah semua pendapatan tersebut setelah diambil kira potongan tertentu yang dibenarkan. Jumlah cukai yang dibayar bergantung pada kadar cukai dan pendapatan boleh cukai. Di Malaysia, kadar cukai pendapatan adalah progresif supaya golongan berpendapatan tinggi membayar cukai pada kadar yang lebih tinggi daripada golongan berpendapatan rendah. |
subsistance allowance | elaun sara diri | Ekonomi | Tiada | Sebahagian daripada pendapatan individu yang dikecualikan daripada cukai pendapatan. Di Malaysia, mengikut taksiran cukai pendapatan 1990, bahagian pendapatan yang dikecualikan daripada cukai ialah RM5000 untuk diri sendiri, RM2000 untuk isteri, dan jumlah maksimum RM3000 untuk anak-anak. |
national income account | akaun pendapatan negara | Ekonomi | Tiada | Penyata tingkat pendapatan dan keluaran sesebuah negara secara keseluruhan dalam satu jangka masa tertentu. Ukuran pendapatan yang paling kerap digunakan ialah keluaran negara kasar (KNK) atau keluaran dalam negara kasar (KDNK). Akaun pendapatan negara mencatatkan anggaran KNK, KDNK, dan butiran lain yang menentukan KNK dan yang berkaitan dengan kedua-dua ukuran itu. |
income distribution | agihan pendapatan | Ekonomi | Tiada | Pembahagian pendapatan negara kepada individu atau kumpulan dalam sesebuah negara. Jumlah pendapatan seseorang atau sesuatu kumpulan bergantung pada beberapa faktor seperti taraf pendidikan, kemahiran, taraf sosial, jantina, umur dan harta yang dimiliki. |
illicit income | pendapatan terlarang | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pendapatan yang diperoleh daripada aktiviti dan sumber yang menyalahi undang-undang. Contohnya, pendapatan daripada aktiviti penipuan, pengubahan wang haram, perjudian, penyeludupan dan sebagainya. |
income creation | pewujudan pendapatan | Ekonomi | Tiada | Kaedah yang diadakan untuk mewujudkan pendapatan dengan mengikut kaedah pelaksanaan percukaian pendapatan. |
tax base | asas cukai | Ekonomi | Tiada | Asas untuk mengira cukai. Misalnya, jumlah pendapatan dijadikan asas cukai pendapatan, nilai harta yang dimiliki dijadikan asas cukai harta, dan nilai barangan yang dijual dijadikan asas cukai jualan. |
family income policy | polisi pendapatan keluarga | insurans | Tiada | Polisi insurans yang menyediakan pendapatan (Contoh: RM10 sebulan bagi setiap RM1000 amaun insurans) kepada waris sehingga akhir tempoh yang ditetapkan daripada tarikh permulaan perlindungan jika insured mati dalam tempoh tersebut. Amaun insurans dibayar pada akhir tempoh pendapatan atau apabila insured mati selepas tempoh yang ditetapkan. |
progressive tax | cukai progresif | Ekonomi | Tiada | Cukai yang kadar puratanya, iaitu jumlah cukai per jumlah pendapatan, semakin tinggi apabila semakin tinggi pendapatan seseorang. Cukai progresif bertujuan supaya beban cukai lebih ditanggungi oleh golongan berpendapatan tinggi. Sinonim cukai pendapatan progresif. |