autofluorescence | autopendarfluor | Fizik | Nanoteknologi | Proses pendarfluor yang berlaku dalam bahan asal suatu organisma. Proses ini dapat memberikan gangguan dalam penggunaan mikroskop pendarfluor organisma tersebut yang diberikan tompokan bahan berpendarfluor (seperti antibodi yang berlabel bahan pendarfluor). Gangguan ini dihasilkan apabila kesan autopendarfluor lebih besar daripada isyarat cahaya yang diperlukan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu autopendarfluor sangat berfaedah untuk dijadikan sebagai penanda diagnostik. |
fluorescence spectroscopy | spektroskopi pendarfluor | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah spektroskopi pancaran cahaya yang digunakan untuk menganalisis sifat pendarfluor sampel dengan menentukan kepekatan analit dalam sampel. |
fluorescence | pendarfluor | Fizik | Nanoteknologi | Luminans yang kebanyakannya berlaku pada julat cahaya tampak bagi bahan tertentu tanpa melibatkan tenaga haba. Fenomena ini berlaku apabila sinaran elektromagnet jarak gelombang pendek seperti sinaran ultralembayung diserap oleh molekul dan teruja, seterusnya memancarkan sinaran dengan jarak gelombang yang lebih panjang. Lebihan tenaga serapan diubah kepada haba. Pendarfluor ialah nama yang diberikan sempena nama galian fluorit, yang terdiri daripada kalsium fluorit yang mempamerkan fenomena tersebut. |
organic fluorophore molecule | molekul organik fluorofor | Fizik | Nanoteknologi | Molekul bahan organik yang terdiri daripada kumpulan fungsian bersifat pendarfluor. Molekul ini menyerap tenaga cahaya pada frekuensi tertentu dan memancarkan semula tenaga pada frekuensi yang berbeza. Nilai tenaga dan frekuensi pancaran bergantung pada jenis molekul fluorofor dan persekitaran kimia fluorofor tersebut. Antara contoh molekul fluorofor organik ialah 5-({2-[(iodeasetil) amino]etil}amino)naftalena-1-asid sulfonik (IAEDANS) dengan jarak gelombang penyerapan pada 336 nm dan jarak gelombang pancaran pada 490 nm. Molekul ini digunakan sebagai penanda dalam spektroskopi pendarfluor. Penggunaan molekul ini sebagai penanda dapat diganti dengan bintik kuantum. |
quenching | pelindapan | Kimia | Kimia Analisis | Proses pengurangan pendarfluor yang disebabkan oleh pengurangan kecekapan fotopendarcahaya. Ia boleh disebabkan oleh pelanggaran antara atom atau molekul teruja dengan atom atau molekul keadaan asas dan apabila adanya pertindihan antara panjang gelombang pancaran dan panjang gelombang serapan. |
line source | sumber garis | Kimia | Kimia Analisis | Sumber untuk spektroskopi penyerapan atom atau pendarfluor dengan garis spektrum yang sempit dan bercirikan atom tertentu. Keamatannya tinggi dan julat panjang gelombangnya sempit. |
scintillation counter | pembilang sintilasi | Kimia | Kimia Analisis | Peranti yang mengesan sintilasi yang dihasilkan oleh bahan pendarfluor melalui sinaran mengion di dalam tiub pemfotoganda dan litar yang digabungkan. Alat ini digunakan untuk mengesan keradioaktifan bahan. |
Stokes line | garis Stokes | Fizik | Nanoteknologi | Garis spektrum pada jarak gelombang tertentu yang dipancarkan oleh molekul bahan pendarfluor atau hasil serakan Raman. Garis Stokes mempunyai jarak gelombang yang lebih panjang daripada sinaran yang menguja. Pengurangan tenaga sinaran ini berkaitan dengan sela tenaga keadaan aras elektronik getaran suatu molekul. Oleh itu, garis ini digunakan untuk mengukur tenaga getaran molekul tersebut secara langsung. Banding garis anti-Stokes. |
fluorescent lamp | lampu kalimantang | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lampu elektrik yang terdiri daripada tiub yang disalut dengan serbuk pendarfluor dan mengeluarkan cahaya yang lebih sejuk dan kurang menyilau apabila terdedah kepada sinaran ultralembayung. Lampu ini dihasilkan dalam beberapa saiz, contohnya 600 mm dan 1200 mm. |
anti-Stokes line | garis anti-Stokes | Fizik | Nanoteknologi | Garis spektrum pada jarak gelombang tertentu yang dipancarkan oleh molekul bahan pendarfluor atau hasil serakan Raman. Garis anti-Stokes mempunyai jarak gelombang yang lebih pendek daripada sinaran yang menguja. Peningkatan tenaga sinaran ini berkaitan dengan sela tenaga keadaan aras elektronik getaran suatu molekul. Oleh itu, garis ini digunakan untuk mengukur tenaga getaran molekul tersebut secara langsung. Banding garis Stokes. |