Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.de.da.han] | ڤنددهن

Definisi : 1. perihal mendedahkan (me­maparkan, menampakkan, memper­lihat­kan): persajakan pd masa ini lebih cenderung kpd ~ perkara-perkara dan perasaan yg jelik dan tidak menyenangkan; 2. kegiatan, proses, dsb yg menjadikan seseorang me­ngetahui atau memahami sesuatu yg dulunya asing kepadanya: oleh sebab itu orang-orang Melayu yg mendapat ~ yg terendah kpd bahasa Inggeris akan tersisih drpd aktiviti politik negaranya sendiri; kursus ~ dan peningkatan tentang asas-asas bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.de.da.han] | ڤنددهن

Definisi : 1 perbuatan atau hal mendedahkan: ~ betis dan paha sudah menjadi lumrah dan perlu disekat. 2 pengenalan kpd sesuatu perkara: ~ murid-murid sekolah kpd perkembangan bahasa Melayu (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendedahan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
general liability insuranceinsurans liabiliti aminsuransTiadaInsurans yang melindungi pemilik dan pengendali perniagaan daripada pelbagai jenis pendedahan liabiliti. Pendedahan ini termasuk liabiliti yang timbul akibat kemalangan yang berpunca daripada premis, operasi insured, keluaran yang dijual oleh insured, dan liabiliti berkontrak.
exposure assessmentpenilaian pendedahanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauProses menganggar atau mengukur magnitud, frekuensi dan jangka masa pendedahan agen yang dikenal pasti terhadap suatu populasi yang mempunyai bilangan dan ciri tertentu. Penilaian pendedahan merangkumi penjelasan sumber, arah dan laluan proses tersebut.
acquired hearing losshilang pendengaran perolehanSains KesihatanTiadaKerosakan kepekaan terhadap pendengaran disebabkan oleh kejadian seperti kemalangan, pendedahan kepada bunyi yang terlampau kuat, atau pendedahan kepada bahan beracun.
primary exposurependedahan primerinsuransTiadaRisiko dalam insurans penerbangan yang wujud akibat berlaku kemalangan serius tetapi tidak ke tahap malapetaka.
indecent exposurependedahan jelikKriminologiKeadilan JenayahPerlakuan seseorang yang mendedahkan tubuh badannya terutamanya organ seksualnya kepada orang lain.
hands-on exposurependedahan swalakuSains KesihatanTiadaPemerolehan pengetahuan dan pengalaman dengan cara bekerja.
pasteurizationpempasteuranKejururawatanTiadaPendedahan makanan kepada suhu 65�C selama 30 minit dan diikuti dengan pendinginan yang cepat untuk memusnahkan mikroorganisma.
spoiler alertbocoran awalKesusasteraanTiadaPendedahan maklumat penting terhadap perkembangan plot yang dibocorkan sebelum tiba masanya. Ini biasanya berlaku dalam perbincangan ulasan bagi filem, buku, drama televisyen dan sebagainya yang boleh mengurangkan kejutan atau ketegangan bagi penonton atau pembaca kali pertama.
acute toxicityketoksikan akutSains KesihatanTiadaPendedahan kepada bahan kimia yang memberi kesan buruk pada satu jangka masa pendek.
radiation sterilisationpensterilan sinaranHerbaTiadaPenghapusan mikroorganisma melalui pendedahan bahan mentah dan sediaan herba kepada sinaran pengionan seperti sinaran gamma dan partikel beta.
12345

Kembali ke atas