Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.de.nga.ran] | ڤندڠرن

Definisi : 1. pancaindera utk men­dengar, alat mendengar (seluruh bahagian telinga): kalau ~ rosak, tentu tidak boleh mendengar lagi; 2. perihal mendengar(kan), apa yg dapat didengar: Kak Bedah meng­angkat kepalanya utk menjelaskan ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.de.nga.ran] | ڤندڠرن

Definisi : 1 pancaindera utk mendengar; kuasa atau daya utk mendengar: Kebanyakan binatang mempunyai ~ yg tajam. 2 hal mendengar atau mendengarkan: Pd ~ saya, ia hendak pulang ke Manila minggu hadapan. 3 apa-apa yg dpt didengar: Ani mendekati tempat perbualan itu utk menjelaskan ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendengaran

Peribahasa

Ukur mata dengan telinga.

Bermaksud :

Menurut penglihatan dan pendengaran.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
asymmetry hearing losshilang pendengaran tak simetriSains KesihatanTiadaKerosakan kepekaan terhadap pendengaran yang tidak sama pada kedua-dua telinga. Tahap ambang pendengaran dan jenis kecacatan pendengaran berbeza antara kedua-dua telinga.
vibro tactile hearing aidalat bantu pendengaran vibro taktilSains KesihatanTiadaAlat bantu pendengaran yang menggunakan kaedah pendengaran getaran pada tulang vibro taktil mastoid.
aided thresholdambang pendebgaran bantuSains KesihatanTiadaAmbang pendengaran setelah alat bantu pendengaran digunakan.
desired sensation leveltahap penderiaan disenangiSains KesihatanTiadaKaedah mengukur keupayaan alat bantu pendengaran berdasarkan ambang pendengaran individu untuk mengoptimumkan pengecaman pertuturan berdasarkan indeks artikulasi, bukan kriteria kekuatan.
functional gaingandaan fungsianSains KesihatanTiadaPerbezaan ambang pendengaran semasa memakai dan tidak memakai alat bantu pendengaran. Pengukuran ini dilakukan untuk menentukan nilai tambahan yang diberikan oleh alat bantu pendengaran kepada pemakainya.
bilateral contral-ateral routing of signal (bicross) hearing aidalat bantu pendengaran laluan isyarat kontralateral dwilateralSains KesihatanTiadaAlat bantu pendengaran yang mempunyai sistem mikrofon yang diletakkan pada kedua-dua telinga individu yang mempunyai masalah pendengaran asimetri.
altered hearingpendengaran terubahKejururawatanTiadaKeupayaan pendengaran yang berubah akibat gangguan fungsi telinga.
minimun audible fieldmedan pendengaran minimumSains KesihatanTiadaAmbang pendengaran yang diukur dalam medan bebas yang dikawal.
planning hearingpendengaran perancangan/ pembicaraan merancangPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu pendengaran rasmi yang dijalankan atas arahan pihak berkuasa tempatan atau jawatankuasa perancang negeri mengikut undang-undang bertulis untuk memberi peluang kepada mana-mana pihak bagi menyuarakan pandangan mereka terhadap sesuatu isu atau persoalan perancangan. Ini dapat membantu pihak berkuasa berkenaan membuat keputusan.
nonorganic hearing losshilang pendengaran tak organikSains KesihatanTiadaHilang pendengaran yang tidak melibatkan kerosakan secara fizikal atau hanya melibatkan sedikit kerosakan fizikal.
12345678

Kembali ke atas