blues | blues | Kesusasteraan | Tiada | Lagu bernada sayu yang mendendangkan penderitaan dan kekosongan hidup yang diiringi oleh muzik gita. Blues berasal daripada jeritan spontan hamba abdi dan banduan berkulit hitam di negeri Selatan Amerika, dan memperlihatkan penderitaan mereka. Tema blues menyentuh tentang penindasan dan penderitaan termasuklah kehilangan cinta. Imejnya pula berkisar di sekitar kereta api, penjara, rantai besi, cemeti dan beliung, malahan semua unsur ini adalah lumrah dalam penulisan lirik blues. Blues biasanya terdiri daripada susunan lirik berbari tiga yang diulang-ulang. Lagu seperti ini disebut blues hanya selepas diperkenalkan ke dalam Aliran utama muzik popular Amerika. Ramai penyair Afro-Amerika seperti Langston Hughes menggunakan bentuk blues sebagai asas puisi mereka. |
pain | sakit | Kejururawatan | Tiada | Perihal ketidakselesaan dan penderitaan akibat stimulasi saraf sensori. |
shi�r ?l-rith?� | shi�r ?l-rith?� | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Arab yang mengandungi unsur ratapan, penderitaan dan rintihan terhadap orang yang meninggal dunia. Penulisan puisi ini menjadi kebiasaan masyarakat Arab zaman Jahiliah. Walau bagaimanapun, pada masa itu penulisan hanya ditujukan kepada mereka yang mati secara biasa, bukannya mati dalam peperangan. Mereka yang mati dalam peperangan tidak akan diratapi dengan shi�r ?l-rith?� kerana mereka berperang untuk mati. Pada Zaman Umaiyyah, sebelum kematian Khalifah Mu�awiah, shi�r ?l-rith?� hanya berbentuk ratapan. Namun selepas kematian Khalifah ini, shi�r ?l-rith?� mengalami perubahan ketara. Penulisan shi�r ?l-rith?� tidak terbatas kepada orang yang meninggal dunia sahaja. Malah kepada perkara lain seperti kemusnahan kota, kematian haiwan kesayangan, atau sebarang kejadian yang membangkitkan perasaan sediah dan kecewa si penyair. Tradisi ini diteruskan dalam kesusasteraan pada Zaman Abbasiah. Penyair shi�r ?l-rith?� yang terkemuka pada zaman ini ialah Abu Tammam. Dalam sastera Parsi, Farrukhi Sistani mencipta sajak shi�r ?l-rith?� sempena kemangkatan Sultan Mahmud Ghaznavi. Lihat juga shi�r ?l-?khr, shi�r ?l-m?d?. |
black tourism | pelancongan hitam | Pelancongan | Tiada | Aktiviti melancong ke tapak atau tempat yang pernah berlaku tragedi pembunuhan dan penderitaan atau bencana. Sinonim dark tourism. |
dark tourism | pelancongan gelap | Pelancongan | Tiada | Aktiviti melancong ke tapak atau tempat yang pernah berlaku tragedi pembunuhan dan penderitaan atau bencana. Sinonim black tourism. |
social democracy | demokrasi sosial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem demokrasi yang terpengaruh dengan unsur sosialisme. Demokrasi ini memelihara dan memperbaik kedudukan buruh secara perlahan-Iahan dan bukan secara revolusi. Kedudukan buruh tidak semestinya terhapus tetapi penderitaan mereka perlu dihentikan. Sistem ini menghalang buruh untuk menentang dan menguasai kerajaan. Sistem ini juga mendukung pemikiran bahawa kerajaan hanya berperanan mengawal ekonomi dan kedudukan buruh. Pada asalnya, sistem ini dipengaruhi dari idea sosialis dan komunis Marx, namun lama-kelamaan berkembang sendiri dan menolak idea Marx khususnya yang berhubung dengan revolusi dan perubahan sosial secara kekerasan. Demokrasi sosial kemudiannya berkembang pesat di Eropah Barat sehingga mendorong kepada pembinaan Negara Kebajikan. Kerajaan memainkan peranan penting dalam memastikan kebajikan dilaksanakan, sementara itu golongan atasan terpaksa membayar cukai yang tinggi untuk membantu kelas bawahan. Contohnya, Great Britain di bawah pentadbiran Tony Blair. |
horror story | cerita seram | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang menggerunkan pembaca dan menimbulkan perasaan ngeri. Cerita seram kadangkala serius dan kadangkala bersifat komik. Cerita seram penting dalam sejarah perkembangan cerita pendek, terutamanya berkaitan dengan novel gotik. Dalam cerita seram yang serius, pengarang berupaya mengolah ceritanya melangkaui batasan pengalaman manusia. Contohnya, meneliti alam psikologi yang kacau-bilau, serta mendedahkan beberapa jenis �neraka�. Neraka ditafsirkan sebagai simbol atau keadaan ekstrem yang mencetuskan ketakutan, penderitaan, kehilangan, dan firasat yang buruk. Contoh cerita seram ialah Dracula oleh Bram Stoker. Pengarang moden yang menghasilkan cerita seram termasuklah Stephen King, clive Barker dan Graham masterton. Cerita seram Melayu ialah Siri Bercakap dengan Jin oleh Tamar Jalis dan novel Susuk oleh Nizam Zakaria. |
patos | sentuh hiba | Kesusasteraan | Tiada | Sifat karya sastera yang membangkitkan perasaan sayang, belas kasihan dan hiba. Karya sentuh hiba dianggap karya yang kurang baik dan membawa nada sentimental dan kesedihan apabila disampaikan secara keterlaluan. Contohnya, gambaran kematian Little Nell dalam karya Charles Dickens berjudul The Old Curiosity Shop. Sentuh hiba yang baik boleh dicapai apabila disampaikan secara halus, terkawal, dan tidak melampau. Contohnya, ucapan King Lear semasa baginda ditemukan dengan anaknya Cordelia: Pray, do not mock me, I an a very foolish fond old man Sentuh hiba berasal daripada perkataan Yunani patos yang bermaksud �penderitaan� atau �keghairahan�. |