Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.di.di.kan]/[pen.di.di/.kan] | ڤنديديقن

Definisi : 1. perihal mendidik: ~ kanak-kanak cacat belum diperluas lagi di negara kita; 2. = ilmu ~, ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik: ia mahu mendalami lagi pelajarannya dlm hal ~ kanak-kanak; 3. didikan, latihan, ajaran: merosotnya moral pemuda-pemudi kita ialah kerana kurang mendapat ~ rohani ketika di bangku sekolah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.di.di.kan]/[pen.di.di/.kan] | ڤنديديقن

Definisi : perihal atau perbuatan mendidik: ~ anak-anak cacat memerlukan kesabaran dan kesungguhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendidikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
categorical educationpengkategorian pendidikanPendidikanTiadaPendidikan yang memberi keutamaan kepada pengurusan yang berkaitan dengan ketidakupayaan atau kecacatan. Contohnya, pendidikan khas.
sidewalkerpengiringPendidikanPendidikan KhasIndividu yang bertanggungjawab terhadap penunggang kuda semasa sesi pembelajaran menunggang kuda. Pengiring akan berada di sisi penunggang untuk membantu sekiranya penunggang mempunyai masalah keseimbangan badan.
horse leaderpengendali kudaPendidikanPendidikan KhasIndividu yang bertanggungjawab mengendalikan kuda sebelum, semasa, dan selepas sesi pembelajaran menunggang kuda.
itinerant servicesperkhidmatan bergerakPendidikanTiadaPerkhidmatan pendidikan atau terapi yang diberi oleh golongan profesional yang berkunjung dari satu pusat ke pusat pendidikan lain untuk membantu pelajar dalam kelas biasa atau pelajar istimewa. Contohnya rawatan fisioterapi bagi pelajar yang mempunyai masalah pergerakan, pertuturan dan kecacatan pendengaran.
compensatory curriculumkurikulum tambahanPendidikanTiadaKurikulum yang direka bentuk untuk mengatasi kelemahan pendidikan bagi kumpulan tertentu seperti kumpulan minoriti, iaitu kumpulan sosioekonomi rendah. Kurikulum tersebut bersifat kurikulum percubaan atau tambahan dan bukan untuk perubahan pendidikan yang menyeluruh.
educational technologyteknologi pendidikanTeknologi Maklumate-PembelajaranBidang kajian penggunaan teknologi semasa untuk memperbaik penyampaian pendidikan yang merangkumi semua aspek perekabentukan, pembangunan, pelaksanaan, pengurusan, pemantauan, dan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran. E-pembelajaran merupakan salah satu cabang dalam teknologi pendidikan.
Smart School Qualification Standards (SSQS)Standard Kelayakan Sekolah Bestari (SSQS)PendidikanTiadaSatu sistem penarafan pembestarian sekolah yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). SSQS boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
open education (OE)pendidikan terbuka (OE)Teknologi Maklumate-PembelajaranPendidikan tanpa mengira latar belakang akademik, geografi dan kemudahan teknologi bagi tujuan berkongsi semua sumber, idea, pengetahuan, kaedah, platform, alat, pendekatan dan bahan dalam pembelajaran dan pengajaran secara percuma serta terbuka. OE merangkumi sumber, alat dan amalan yang bebas halangan perundangan, kewangan dan teknikal serta boleh diguna, dikongsi dan diadaptasi sepenuhnya dalam persekitaran digital. OE memaksimumkan kuasa Internet untuk menjadikan pendidikan lebih mampu, boleh capai dan berkesan.
educational insuranceinsurans pendidikaninsuransTiadaInsurans yang menyediakan dana untuk pendidikan seorang anak apabila pencari nafkah keluarga tersebut meninggal dunia.
academic fraudpenipuan akademikPendidikanTiadaSuatu bentuk penipuan secara sengaja dalam bidang pendidikan seperti pemalsuan data, pengubahan dokumen akademik dan penyelewengan kajian penyelidikan.
12345678910...

Kembali ke atas