Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.dua.an] | ڤندواءن

Definisi : perihal memperdua(kan) (sawah, ternak, dll), pemawahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penduaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
genomic duplicationpenduaan genomikBioinformatikBioinformatik MolekulMekanisme utama yang menghasilkan bahan genetik sewaktu proses evolusi. Penduaan genomik merujuk kepada sebarang penduaan kawasan DNA yang mengandungi gen dan terhasil dari kesilapan yang berlaku sewaktu proses replikasi DNA, mekanisme pembaikan atau melalui proses spontan oleh elemen genetik yang bongkak. Contoh mekanisme adalah rekombinasi ektopik, polipoidi.
gene duplicationpenduaan genBioinformatikBioinformatik MolekulMekanisme utama dalam penghasilan bahan genetik baharu yang terhasil daripada evolusi molekul, dan ditakrifkan juga sebagai penduaan bahagian DNA yang mengandungi gen.
whole-genome duplicationpenduaan seluruh genomBioinformatikBioinformatik Molekul-
neofunctionalisationpemfungsian baharuBioinformatikBioinformatik MolekulPerolehan fungsi baharu sesuatu gen selepas melalui aktiviti penduaan gen.
gene familyfamili genBioinformatikBioinformatik MolekulSekumpulan gen yang sama, yang terhasil daripada proses penduaan daripada satu gen asal, dan mempunyai fungsi biokimia yang sama. Contohnya, famili gen dalam subunit hemoglobin manusia, yang terdiri daripada 10 gen di dalam dua kluster pada dua kromosom yang berbeza, yang dikenali sebagai lokus α-globin dan β-globin.
plerologyplerologiBioinformatikBioinformatik MolekulGambaran hubungan dalam kalangan gen homolog bagi sesuatu taksa yang berkembang melalui penduaan gen dan kod protein yang sama, tetapi fungsi yang berbeza.
paralogyparalogiBioinformatikBioinformatik MolekulJujukan homolog yang berasal daripada leluhur yang berlainan tetapi mempunyai persamaan disebabkan peristiwa penduaan pada leluhur terakhir yang sama.
structural variantvarian strukturBioinformatikBioinformatik MolekulStruktur kromosom yang terhasil daripada perubahan besar pada kromosom (sekurang-kurangnya 50 bp) akibat proses mutasi seperti penyingkiran, pemasukan, penduaan, penyongsangan dan translokasi.
reticulationpenyeliratanBioinformatikBioinformatik MolekulRangkaian filogeni yang menggunakan graf untuk menggambarkan hubungan evolusi antara jujukan nukleotida, gen, kromosom, genom, atau spesies selepas berlakunya proses hibridisasi, pemindahan gen melintang, pemindahan gen mengufuk, penggabungan semula, penduaan atau kehilangan gen.
autotetraploidyautotetraploidiPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan atau organisma yang mempunyai empat salinan bagi setiap genom dalam komposisi kromosomnya. Autotetraploidi terjadi hasil penggandaan komposisi kromosom pada peringkat leluhur dan jarang-jarang berlaku pada haiwan vertebrat. Autotetraploidi boleh berlaku secara semula jadi melalui penduaan pada suatu masa dalam kitaran hidupnya, atau secara buatan melalui aplikasi haba, sejuk atau kimia kolkisin. Dengan wujudnya set tambahan kromosom, autotetraploid boleh (tetapi tidak semestinya) menjalani meiosis secara normal.

Kembali ke atas