Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.du.du/] | ڤندودوق

Definisi : orang yg menduduki sesuatu daerah (tempat, negeri, dll): tidak ada seorang pun drpd ~ kampung itu yg berani keluar melihat pembunuhan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.du.du/] | ڤندودوق

Definisi : orang yg menduduki sesuatu tempat (negeri dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penduduk


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
praetorpraetoriaSains PolitikPolitik PerbandinganJawatan yang wujud pada zaman Rom (300- 242 SM) sebagai anggota lembaga pemerintah yang kemudiannya berperanan seperti majistret mahkamah. Jawatan ini berkembang menjadi dua praetor iaitu praetor bandar yang mengadili konflik antara penduduk-penduduk bandar dan praetor peregrinus iaitu praetor yang menguruskan konflik antara penghijrah atau orang luar yang berada di bandar tersebut. Praetor bandar ini kadangkala memangku jawatan praetor peregrinus apabila praetor tersebut terpaksa mengetuai tentera ke medan perang. Walaupun menguruskan tugas pengadilan di mahkamah, praetor ini turut berperanan menguruskan permainan awam.
proportional representationperwakilan berkadarSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pilihan raya yang berasaskan nisbah penduduk dengan wakil rakyat untuk memastikan setiap kelompok memiliki wakil rakyat di dewan perundangan. Melalui sistem ini, pembahagian kawasan berasaskan jumlah penduduk iaitu penduduk yang ramai akan mendapat lebih ramai wakil manakala yang lebih kecil mendapat wakil yang kurang. Sistem ini mempunyai dua bentuk amalan yang utama iaitu sistem Hare dan List. Dalam sistem ini, pengundi diberikan senarai calon yang bertanding dan mereka diminta memilih beberapa bilangan calon yang ditetapkan, seperti tiga sahaja atau lima sahaja. Sementara itu, satu jumlah purata yang munasabah telah ditetapkan oleh suruhanjaya pilihan raya dan calon yang mengatasi bilangan ini dianggap menang. Walau bagaimanapun, calon yang mendapat jumlah undi yang besar mengatasi jumlah purata boleh memindahkan lebihan undi kepada calon lain dari parti yang sama. Sistem ini berbeza dengan sistem majoriti mudah apabila lebihan undi majoriti tidak boleh dipindahkan. Sinonim sistem berkadar.
population censusbanci pendudukPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaProses pengiraan lengkap ke atas keseluruhan penduduk sesebuah negara pada masa tertentu mengenai ciri-ciri penduduk seperti jantina, umur, taraf pendidikan, dan maklumat isi rumah.
population densityketumpatan pendudukPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaBilangan penduduk bagi setiap unit keluasan.
net population densitykepadatan penduduk bersihPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaBilangan penduduk bagi setiap unit keluasan bagi tapak kediaman.
gross population densitykepadatan penduduk kasarPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaJumlah bilangan penduduk bagi setiap unit keluasan kawasan.
demographydemografiEkonomiTiadaIlmu tentang kependudukan yang meliputi arah aliran kadar kelahiran, kadar kematian, taburan umur, serta kesannya terhadap pertumbuhan penduduk. Perubahan yang berlaku pada penduduk biasanya mempunyai implikasi terhadap ekonomi. Umpamanya kenaikan kadar kelahiran menyebabkan pertambahan saiz tenaga kerja, dan ia boleh mempengaruhi kadar pertumbuhan ekonomi. Kaitan antara penduduk dan ekonomi disebut demografi ekonomi.
samplesampelPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaContoh daripada kumpulan penduduk yang dipilih yang dianggap dapat mewakili keseluruhan penduduk.
YankeeYankeeSains PolitikPolitik PerbandinganGelaran kepada orang Amerika Syarikat oleh orang luar. Dalam negara Amerika Syarikat sendiri, gelaran ini dirujuk kepada penduduk timur laut negara tersebut iaitu di sekitar New England. Nama ini diberi oleh penduduk Perancis yang datang awal ke kawasan tersebut kepada pendatang Inggeris yang tiba kemudian. Walau bagaimanapun, gelaran yankee kini lebih banyak merujuk kepada semua penduduk Amerika Syarikat dari New England tanpa mengira asal keturunannya.
self-governmentkerajaan sendiriSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang dibentuk dan dikuasai oleh penduduk tempatan tanpa campur tangan pihak asing. Kerajaan ini dapat dibentuk apabila sebuah negara itu bebas daripada penjajahan atau penguasaan pihak lain. Dalam pembentukan kerajaan ini, penduduk di sesebuah negara perlu menguruskan proses pemilihan wakil rakyat dan kemudian menentukan agenda pembangunan negara sendiri. Status berkerajaan sendiri bagaimanapun tidak menghalang negara ini berhubung dan bekerjasama dengan negara lain atau badan antarabangsa. Contohnya, Timor Leste sudah membentuk kerajaan sendiri setelah mendapat kemerdekaan dari Indonesia pada 2001.
12345678

Kembali ke atas