socialist | sosialis | Sains Politik | Politik Perbandingan | Individu atau kelompok yang mendukung fahaman sosialis. Pendukung sosialis cenderung kepada konsep pemilikan awam seperti pendidikan, pengangkutan, hospital atau kesihatan dan pembekalan tenaga yang dimiliki oleh kerajaan. Mereka juga tidak membenarkan institusi-institusi penting ini dikuasai oleh pihak peniaga persendirian yang lebih mementingkan keuntungan. Pendukung ini menentang keras sistem kapitalis yang menindas kelas bawahan. Terdapat beberapa variasi sosialisme seperti leninisme, stalinisme dan marhaenisme. Contoh tokoh sosialis tanah air sebelum merdeka ialah Ahmad Boestamam. |
reductionist | reduksionis | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pendukung kepada fahaman reduksionisme. Lihat juga reduksionisme. |
constructivist | konstruktivis | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Seseorang pengamal dan pendukung pendekatan pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme, iaitu pelajar perlu membina kefahaman sendiri mengenai dunia persekitaran mereka. Konstruktivis sentiasa menggalakkan pelajar membuat refleksi dan membawa pengalaman lalu kepada situasi baharu dan pengetahuan baharu dibina daripada pengetahuan sedia ada. |
farce | farsa | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis komedi yang dipersembahkan secara berlebih-lebihan oleh pendukung wataknya bertujuan untuk mencetuskan unsur lawak jenaka. Farsa dipersembahkan dengan memberikan penekanan kepada aksi fizikal yang lucu, watak yang dibesar-besarkan, plot yang rumit, peristiwa yang tidak munasabah, dan kerap kali bersifat sindiran seksual. Farsa bukan seperti komedi biasa yang hanya mencetuskan gelak ketawa, tetapi farsa turut membuat komentar dan sindiran tentang kehidupan sosial manusia. Farsa dipercayai berasal dari zaman Yunani dan berkembang pada zaman Rom, Perancis, dan Jerman pada kurun ke-13. Seterusnya farsa berkembang di England pada kurun ke-16, Farsa bermula pada awal kurun ke-20, tetapi digantikan dengan jenis filem seperti The Three Stooges dan Charlie Chaplin. Contoh farsa dalam karya tempatan ialah siri filem Bujang Lapok, iaitu Pendekar Bujang Lapok, Bujang Lapok, dan Seniman Bujang Lapok. Farsa berasal daripada perkataan Latin farcire bermaksud �mengisi�. |
utilitarianism | utilitarianisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang mengutamakan faedah atau utiliti. Pendukung fahaman ini akan cuba memaksimumkan keuntungan atau keseronokan serta meminimumkan kerugian atau kos dalam setiap tindakan dan dasar. Setiap dasar atau tindakan dilakukan secara berhemah supaya matlamat ini tercapai. Keutamaan dalam pemikiran ini ialah kepentingan tercapai dengan kos yang minimum. Antara sarjana yang mendukung fahaman ini ialah Jeremy Bentham, John Stuart Mill dan Thomas Hobbes. |
toryism | faham konservatif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman ini mendukung idea konservatif yang tidak suka kepada sebarang perubahan. Pendukung fahaman ini lebih suka mengekalkan ciri-ciri budaya dan institusi yang tradisional dalam masyarakat. Fahaman ini juga lebih cenderung mengekalkan status quo, memperjuangkan kelas atasan dan menengah serta tidak suka kepada perubahan yang menyeluruh dan mendadak. Contohnya Parti Konservatif Great Britain. |
reductionism | reduksionisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang berpegang kepada pemikiran yang memampatkan sesuatu pemikiran atau prosedur kepada keadaan yang lebih ringkas dan padat. Idea ini melihat sesuatu pemikiran itu sebenarnya mengandungi beberapa entiti idea yang lebih kecil bergabung bersama membentuk pemikiran tersebut. Pendukung fahaman ini memudahkan pemahamannya dengan melihat kepelbagaian secara simplistic iaitu memudahkan pemerhatian. |
ultramontanism | ultramontanisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang mengutamakan kuasa gereja dalam pemerintahan negara. Fahaman ini berkembang pada zaman kegemilangan Rom semasa agama atau gereja memainkan peranan penting dalam urusan pemerintahan. Fahaman ini juga berkembang sebagai reaksi kepada perkembangan rasionalisme dan humanisme yang cuba menggugat peranan gereja. Pendukung fahaman ini telah melaksanakan berbagaibagai gerakan bagi memelihara kedudukan tinggi agama dan pope. Kini perbincangan mengenai ultramontanisme tidak terbatas kepada agama Kristian semata-mata. |
interest group | kelompok sekepentingan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pertubuhan sukarela yang dibentuk secara rasmi untuk mewakili kepentingan ahlinya. Mereka ini amat sensitif terhadap perkembangan kepentingan yang diperjuangkannya. Kumpulan ini boleh mempengaruhi proses penggubalan sesuatu dasar kerajaan tetapi tidak terlibat secara langsung dalam proses pembentukan kerajaan. Pergerakan kelompok ini adalah untuk kepentingan awam secara keseluruhannya tetapi secara spesifik bergerak untuk kepentingan yang lebih khusus seperti memelihara alam sekitar, peminat seni, pendukung kepentingan wanita, pejuang kebebasan politik dan sebagainya. Mereka mendesak kerajaan dalam melaksanakan perjuangannya dengan pelbagai cara seperti melobi, menulis surat kepada pihak berkuasa, berjumpa dan berunding dengan anggota pemerintah, menganjurkan demonstrasi dan berbagai-bagai program kempen. Contohnya, Sahabat Alam Malaysia untuk alam sekitar dan Tenaganita untuk kepentingan kaum wanita. Sinonim kumpulan berkepentingan. |
utopian | utopia | Sains Politik | Politik Perbandingan | Satu keadaan yang mustahil untuk dicapai terutamanya mengenai suatu bentuk masyarakat yang ideal. Keadaan ini bersifat sempurna dan menjadi idaman kepada pemikir. Walau bagaimanapun masyarakat yang ideal ini sukar dibentuk dalam realiti. Ciri-ciri utama masyarakat ini antaranya mengutamakan kesejahteraan orang ramai, hak saksama, keadilan dan pemilikan kekayaan secara bersama. Pemikiran sosialisme utopia ini dibentuk berasaskan idea ini. Seorang pendukung idea ini ialah Thomas Moore. |