Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ne.bat] | ڤنبت

Definisi : tebat: bahan-bahan berongga spt kulit dan bulu adalah ~ yg baik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ne.bat] | ڤنبت

Definisi : 1 salut (biasanya drpd getah) pd wayar elektrik supaya arus elektrik tidak mengalir ke tempat lain. 2 sesuatu yg digunakan utk menyekat panas atau sejuknya supaya tidak mengalir ke tempat lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penebat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
metal insulator metal junctionsambungan logam penebat logamFizikNanoteknologiStruktur peranti elektronik yang terdiri daripada satu lapisan tipis penebat yang diapit oleh dua logam, sama ada logam yang sama atau berlainan jenis. Ketebalan lapisan penebat terdiri daripada beberapa nanometer. Jika lapisan penebat terlalu tipis, penerowongan elektron tunggal dapat berlaku.
spark plug heat rangejulat haba palam pencucuhKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaJarak dari gelang pengedap hingga hujung penebat, iaitu panjang bahagian hidung penebat dalam pencucuh, yang menentukan julat haba pada palam pencucuh.
Josephson effectkesan JosephsonFizikNanoteknologiKesan penerowongan pasangan elektron daripada suatu bahan superkonduktor melalui lapisan penebat tipis kepada bahan superkonduktor yang lain. Sekiranya tiada medan magnet luar, arus terus akan menerowong lapisan penebat dan menghasilkan arus terus Josephson. Sebaliknya jika medan ini dikenakan, arus ulang-alik Josephson akan dihasilkan dengan frekuensi 2eV/h.
dielectricdielektrikNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanPenebat elektrik yang boleh terkutub apabila dikenakan medan elektrik. Apabila bahan dielektrik diletakkan dalam medan elektrik, cas elektrik tidak mengalir melalui bahan tesebut tetapi hanya teranjak sedikit daripada kedudukan keseimbangan purata menyebabkan pengutuban dielektrik.
Josephson junctionsimpang JosephsonFizikNanoteknologiSatu lapisan penebat tipis yang memisahkan dua bahan superkonduktor untuk menghasilkan kesan Josephson. Lihat juga kesan Josephson.
engine mountingpemegang enjinKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen penebat yang diperbuat daripada getah boleh anjal atau sistem hidraulik yang dipasang di antara bahagian enjin dengan rangka, struktur atau badan kenderaan. Pemegang ini bertujuan untuk menyerap getaran enjin dan mengelakkan getaran tersebut dipindahkan ke dalam kenderaan.
wire stripperpelucut wayarKejuruteraanTiadaAlat yang digunakan untuk memisahkan penebat daripada wayar.
tunnel junctionsimpang terowonganNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanSatu sawar seperti lapisan penebat nipis atau keupayaan elektrik antara dua bahan pengkonduksian elektrik yang sama. Elektron dapat melalui sawar dengan proses penerowongan kuantum.
spark plugpalam pencucuhKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPalam yang mempunyai elektrod dan penebat yang menyediakan ruang lega untuk mendapatkan lompatan percikan bunga api.
semiconductorsemikonduktorFizikNanoteknologiBahan pepejal berhablur yang mempunyai kekonduksian elektrik antara logam dengan penebat. Contohnya, germanium dan silikon. Bahan semikonduktor mempamerkan sifat kekonduksian berkadaran dengan suhu yang digunakan sebagai termistor, berkadaran kepada voltan yang digunakan sebagai varistor. Dengan membuat sambungan yang sesuai antara bahan semikonduktor, pelbagai peranti elektronik dapat dihasilkan. Sifat optik bahan semikonduktor juga penting untuk menghasilkan peranti seperti fotodiod, laser dan sel suria.
123

Kembali ke atas