Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : penjelasan (yg tidak perlu diragui), penentuan, penerangan (yg nyata): berilah ~ kpd aku sama ada engkau hendak pindah dr sini atau tidak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perbuatan atau hal menegaskan; penjelasan; penenĀ­tuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tegas (adjektif)
1. Bersinonim dengan jelas: terang, nyata, ketara, lantang,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan tepat: tentu, pasti, nyata, getas,
Berantonim dengan ragu-ragu

Kata Terbitan : menegaskan, ketegasan, penegasan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
emphasis of matter (EoM)penegasan perkaraAuditTiadaJenis pendapat audit bagi perkara signifikan yang dinyatakan dalam satu perenggan penyata kewangan untuk perhatian pihak pengurusan.
formbentukKesusasteraanTiadaPola atau struktur atau susunan untuk memberi penegasan kepada persoalan yang menjadi bahan karya.
adynatonadinatonKesusasteraanTiadaSuatu bentuk bahasa kiasan yang berlebih-lebihan bagi menggambarkan situasi yang luar biasa dan mustahil sebagai penegasan.
sentimental comedykomedi sentimentalKesusasteraanTiadaBentuk persembahan drama yang memaparkan kehidupan masyarakat kelas pertengahan. Komedi ini amat popular dalam kalangan khalayak kelas pertengahan pada abad ke-18 Eropah. Drama ini merupakan reaksi daripada drama sebelumnya yang mengetengahkan kehidupan yang tidak bermoral masyarakat kelas bangsawan. Untuk tujuan tersebut, tema yang ditonjolkan dalam drama ini berlegar tentang perhubungan lelaki dengan perempuan dengan nilai-nilai murninya, dan secara khususnya memberi penegasan dari aspek emosi dan perasaan. Watak sebagai wira dan wirawati digambarkan sebagai watak yang unggul dan sebagai ganjarannya, mereka akan dibalas dengan kebahagiaan. Contohnya, karya Richard Steele yang berjudul The Conscious Loves. Lihat juga komedi, komedi romantik.
choruskorusKesusasteraanTiadaSekumpulan pelakon yang bertindak sebagai pencerita dan pengulas atau watak yang menyanyi, menari, berdikir dan berdialog dalam drama dan teater. Korus berasal daripada teater Yunani, dan terdapat dalam drama Aeschylus dan Sophocles. Biasanya, ahli korus berjumlah antara 12 ? 13 orang. Korus juga digunakan di Rom seperti yang ditemui dalam drama Seneca. Dalam teater tradisional tempatan seperti makyung, korus dikenali sebagai jong dong dang dan dianggotai antara 8 ? 10 orang. Dari aspek muzik, korus merujuk kepada sekumpulan penyanyi. Sebilangan lagu dinyanyikan secara berselang-seli oleh korus dan penyanyi solo, terutamanya dalam makyung, hadrah dan rodat. Sesetengah lagu asli menggunakan korus sebagai penegasan atau not balas kepada penyanyi solo tersebut.

Kembali ke atas