dissident | penentang | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kelompok atau puak yang bertentangan pendapat atau idealisme dengan pihak berkuasa. Kelompo kini boleh diklasifikasikan kepada dua bentuk yang utama iaitu pertama, golongan penentang yang berbeza pendapat secara perlembagaan. Golongan ini bertindak secara yang dibenarkan oleh perlembagaan seperti turut sama dalam proses pilihan raya, perundingan dan kerjasama dengan pihak berkuasa. Parti pembangkang boleh diklasifikasikan dalam kategori ini. Kedua, golongan penentang yang berbeza pendapat secara luar batasan perlembagaan. Golongan ini bukan sahaja enggan bekerjasama atau berunding dengan kelompok yang berkuasa malah menggunakan tindakan yang agresif bagi memperoleh kuasa. Golongan ini biasanya dikenali sebagai subversif. Contoh golongan penentang jenis ini ialah Parti Komunis Malaya. |
opposing writer | penulis penentang | Kesusasteraan | Tiada | Penulis yang mempertikaikan ideologi politik dan budaya negara sendiri melalui karya mereka. Kebanyakan penulis berasal dari negara komunis seperti Boris Pasternak, Mikhail Zoshdrenko, Anna Akhmatova dan Alexander Solzhenitsyn dari Rusia, serta Vadav Havel dan Milan Kundera dari Czechoslovakia. Contoh penulis penentang di Asia Tenggara ialah Pramoedya Ananta Toer dan W. S. Rendra. Penulis lain ialah Taufik Ismail dari Indonesia melalui karyanya Malu Aku Menjadi Orang Indonesia. |
police state | negara polis | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang pemerintahannya bersifat autoritarian dan bergantung kuat kepada institusi polis. Dalam negara ini, undang-undang sangat ketat dan tekanan serta tangkapan sering dilakukan kepada penentang kerajaan atau anggota pembangkang. Penentang yang ditangkap pula tidak dibawa ke meja pengadilan dan terus dihukum. Peranan polis sangat besar dan mereka tidak sahaja menjalankan tugas dalam bentuk rasmi beruniform tetapi ramai yang bergerak secara sulit, mengintip sebarang penentangan dalam masyarakat seperti yang dilakukan oleh KGB di Soviet Union, Gestapo di Jerman atau Savak di Iran. |
counter | voltan penentang | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Arah voltan yang dihasilkan bertentangan dengan arah voltan yang diberikan. |
antagonist | antagonis | Kesusasteraan | Tiada | Watak dalam cereka atau drama yang menjadi penentang atau lawan kepada watak protagonis. |
antogonist | antagonis | Kesusasteraan | Tiada | Watak yang menentang protagonis dalam cereka atau drama. Antagonis merupakan penentang kepada watak utama sama ada watak baik atau jahat bergantung pada plot sesuatu cereka. Dalam epik Ramayana, Ravana merupakan antagonis, manakala Sri Rama ialah protagonis. Dalam drama Marcbeth, Macolm sebagai antagonis dan macbeth merupakan protagonis. Banding protagonis. |
protagonist | protagonis | Kesusasteraan | Tiada | Watak utama dalam sesebuah cereka atau drama. Watak protagonis mungkin watak baik atau jahat bergantung pada plot cereka. Watak protagonis merupakan penyokong atau penentang utama sesuatu perjuangan atau gerakan. Dalam epik Ramayana, protagonis ialah Sri Rama, sementara Ravana merupakan antagonis. Dalam drama Macbeth, Macbeth merupakan protagonis dan Macolm sebagai antagonis. Banding antagonis. |
totalitarian government | kerajaan totalitarian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintah yang melaksanakan pemerintahan berasaskan penguasaan ketat terhadap individu. Penguasaan ini bertujuan supaya individu tunduk kepada pemerintah dan ini dilakukan dalam semua aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, pengeluaran, pendidikan, pentadbiran atau ruang sosial. Kerajaan seperti ini tidak membenarkan persaingan politik secara terbuka, kewujudan parti pembangkang dan kebebasan NGO. Hukuman keras dilaksanakan kepada penentang kerajaan. Kerajaan jenis ini boleh muncul sama ada melalui satu revolusi seperti yang berlaku di China dan Soviet Union atau secara kemunculan seorang diktator yang sangat berpengaruh seperti Hitler di Jerman dan Mussolini di Itali. |
dictator | diktator | Sains Politik | Politik Perbandingan | Seseorang yang memiliki kuasa mutlak dan memerintah secara kuku besi. Pemerintah kejam ini sentiasa menafikan hak politik masyarakat seperti kebebasan mengundi, hak untuk bersuara, berorganisasi, berkumpul dan sebagainya. Setiap keputusan politik ditentukan oleh beliau tanpa diperiksa oleh pihak lain. Seorang diktator biasanya memerintah dengan sokongan agensi pemerintahan seperti tentera, polis, perkhidmatan awam dan mahkamah. Undang-undang yang diamalkan di bawah pemerintahan diktator bersifat tegar, berat sebelah dan tidak demokratik. Diktator juga akan menghukum secara sewenang-wenangnya penentang politik yang mencabar kuasa beliau. Contohnya, Jeneral Pinochet sewaktu memerintah Chile pada tahun 1 970-an. |
guided democracy | demokrasi terpimpin | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem demokrasi yang kuat dipengaruhi oleh pemimpin negara yang biasanya terdapat di negara yang sedang membangun. Demokrasi ini dikatakan terpimpin kerana masyarakat negara yang baru merdeka dianggap tjdak cukup matang untuk mengamalkan demokrasi liberal. Dalam demokrasi ini, kebebasan politik seperti bersuara, menubuhkan organisasi, menerbitkan akhbar dan buku serta kebebasan pembangkang terhad. Tokoh yang memperkenalkan idea ini di Indonesia ialah Soekarno ekoran daripada kegagalan demokrasi liberal yang diamalkan di negara tersebut sebelum itu. Beliau kemudiannya melancarkan zaman demokrasi terpimpin dengan mengimbangi kuasa tentera dan Parti Komunis dalam jentera pemerintahannya serta menolak peranan modenis Islam. Dalam sistem ini, Soekarno menggantung parlimen dan pilihan raya, memiliknegarakan pelbagai perusahaan yang besar (terutamanya milik Belanda) dan menahan penentang politiknya serta menghantar mereka ke pulau buangan. Beliau juga percaya bahawa hanya dengan campur tangan pemerintah akan memungkinkan pertumbuhan demokrasi bagi negara yang baru merdeka. |