acid-base titration | pentitratan asid-bes | Kimia | Kimia Analisis | Pentitratan yang melibatkan tindak balas antara asid dengan bes. Ia digunakan bagi penentuan asid atau bes. Untuk penentuan bes, larutan asid digunakan sebagai titran, dan bagi penentuan asid, larutan bes pula digunakan sebagai titratan. |
volatile oil determination | penentuan minyak meruap/pati | Herba | Tiada | Prosedur penentuan kandungan minyak meruap/pati dalam bahan herba. Nilai peratusannya merupakan ukuran kualiti bahan mentah dan sediaan herba. Kandungan minyak biasanya meruap/pati dalam sejumlah berat bahan diukur dengan kaedah penyulingan stim menggunakan peralatan Clavenger. Contohnya, menurut British Pharmacopoeia, had piawai minyak meruap/pati bagi biji buah pelaga ialah tidak kurang daripada 4.0%v/w dan bagi kulit kayu manis ialah tidak kurang daripada 1.0%v/w. |
pilot ion method | kaedah ion perintis | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah penentuan kuantitatif dalam elektrokimia. Dalam kaedah ini ion yang berlainan daripada analit ditambah sebagai piawai tambahan, misalnya Pb2+ dapat berfungsi sebagai ion perintis dalam penentuan Zn2+. Kaedah ini menyerupai kaedah penambahan piawai dari segi tekniknya, dan dari segi kaedahnya pula, kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah piawai dalaman. |
biological assay | assai biologi | Herba | Tiada | Prosedur penentuan kandungan, kepekatan atau aktiviti suatu komponen fitokimia aktif dalam bahan herba yang diuji dengan menggunakan haiwan, tisu, organ, sel, mikroorganisma dan bahan imunologi. Kaedah ini menilai keberkesanan bahan mentah dan sediaan herba melalui penentuan aktiviti farmakologi, biokimia, imunologi dan mikrobiologi. Sampel bahan herba mestilah dibandingkan dan diassai dengan piawai secara serentak. |
purity test | ujian ketulenan | Herba | Tiada | Prosedur penentuan tahap ketulenan bahan herba berdasarkan kaedah dan had piawai yang ditetapkan oleh spesifikasi monograf herba. Ujian ini adalah sebahagian daripada ujian kawalan kualiti bagi bahan mentah dan sediaan herba. Ujian ini terdiri daripada penentuan kandungan bendasing, abu, lembapan, bahan terekstrak, logam berat dan pestisid dan kontaminasi mikrob, aflatoksin dan radioaktif. Bahan herba yang tidak mematuhi spesifikasi monograf herba dianggap tidak selamat untuk digunakan. |
assay | assai | Herba | Tiada | Prosedur penentuan kandungan, kepekatan atau aktiviti suatu komponen dalam bahan herba. Assai ialah sebahagian daripada ujian kawalan kualiti bagi bahan mentah dan sediaan herba. Nilai yang diperoleh daripada analisis ini menunjukkan tahap kualiti, ketulenan, keselamatan dan keberkesanan bahan tersebut. Contohnya penentuan kepekatan bahan aktif andrografolida yang terkandung dalam sediaan hempedu bumi (Andrographis paniculata). Terdapat pelbagai jenis assai iaitu kimia, biologi dan fizikokimia. Lihat assai kimia, assai biologi, assai fizikokimia. |
curriculum planning | perancangan kurikulum | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Proses merancang pembinaan kurikulum atau keterlibatan pelajar secara terancang dan penentuan arah tuju struktur kursus atau pembelajaran dalam sesuatu program pengajian. Proses kompleks ini melibatkan penentuan hasil pembelajaran, pentaksiran, kandungan dan keperluan pedagogi bagi kejayaan seseorang pelajar. |
loss on drying | susut pengeringan | Herba | Tiada | Prosedur penentuan kandungan air dalam bahan herba yang telah dikeringkan melalui pemanasan atau pengeringan menggunakan fosforus pentoksida di dalam balang pengering. Nilai peratusannya diperoleh daripada ungkapan 100x/w iaitu x ialah perbezaan berat bahan herba antara sebelum dan selepas pengeringan dan w ialah berat asal bahan herba sebelum pengeringan. Nilai ini merupakan tahap kekeringan bahan herba bagi menandakan kesan proses pengeringan bahan tersebut. Walau bagaimanapun, susut pengeringan tidak sesuai digunakan untuk penentuan kandungan air bagi bahan herba yang mengandungi minyak meruap. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai susut pengeringan piawai bagi pegaga tidak melebihi 10%w/w. |
heutagogy | heutagogi | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Satu kaedah pembelajaran penentuan kendiri yang menekankan pembangunan autonomi, kapasiti dan kemampuan diri pelajar untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. Kaedah ini tidak semestinya linear atau terancang, tetapi lebih bersifat tidak formal, dan selari dengan pembelajaran di luar sekolah dengan guru bukan sebagai sumber ilmu yang utama, sebaliknya sebagai pembimbing sekiranya perlu. Persekitaran e-pembelajaran membolehkan kaedah ini diguna pakai. Lihat juga pembelajaran penentuan kendiri. |
self-determination | penentuan nasib sendiri | Sains Politik | Politik Perbandingan | Menguruskan pentadbiran hal ehwal negara tanpa bantuan pihak lain setelah mencapai kemerdekaan. Negara ini perlu menentukan sendiri semua urusan ekonomi, sosial dan politik. Walaupun begitu, negara ini turut melakukan hubungan kerjasama atau menganggotai pelbagai organisasi antarabangsa. Contohnya, Malaysia yang telah merdeka kini telah berupaya berusaha untuk menentukan nasibnya sendiri dan tidak lagi bergantung kepada kuasa luar. |