saron penerus (Indon) | saron penerus | Kesenian | Tiada | Alat idiofon berbilah yang beroktaf tertinggi dalam gamelan melayu. [Sinonim dengan istilah saron peking]. |
silicon controlled rectifier | penerus terkawal silikon | Teknik | Elektrik | Komponen elektronik yang dapat mengawal penerus dan juga bertindak sebagai suis elektronik. Penerus ini terdiri daripada empat lapisan separa pengalir, dan mempunyai tiga kaki yang disebut anod, katod, dan get. Pada asasnya penerus terkawal silikon hanya dapat mengawal separuh kitar positif sahaja, kecuali dibuatkan litar tambahan. |
bridge rectifier | penerus titi | Teknik | Elektrik | Litar penerus yang menggunakan empat diod separa pengalir, silikon atau germanium, yang disambungkan dalam litar jejambat. Penerus jenis ini berupaya menghasilkan voltan arus terus beriak pada gelombang penuh. |
rectifier filter | tapis penerus | Kejuruteraan | Tiada | Tapis elektrik yang digunakan untuk melicinkan voltan bagi penerus tiub elektron, dan biasanya ditempatkan di antara keluaran penerus dan rintangan beban. |
full-wave rectifier | penerus gelombang penuh | Teknik | Elektrik | Litar penerus yang menghasilkan keluaran arus terus beriak bagi setiap kitar arus ulang-alik yang masuk ke dalamnya tanpa mengira kitar positif ataupun negatif. Terdapat dua cara bagi menghasilkan penerus ini, iaitu dengan menggunakan dua diod bersama pengubah sadap tengah, atau dengan menggunakan empat diod sambungan titi. |
linear rectifier | penerus linear | Kejuruteraan | Tiada | Penerus yang mempunyai bentuk gelombang arus atau voltan keluaran yang sama dengan isyarat tertekan. |
semiconductor rectifier | penerus semikonduktor | Sosiologi | Tiada | Penerus separa pengalir yang digunakan. |
copper-oxide rectifier | penerus kuprum-oksida | Kejuruteraan | Tiada | Penerus logam yang sawar penerusannya adalah simpang di antara kuprum logam dengan kuprum oksida. |
half-wave rectifier | penerus setengah gelombang | Teknik | Elektrik | Litar penerus yang hanya mengeluarkan arus terus separuh beriak bagi setiap kitar arus ulang-alik yang masuk, sementara separuh kitar lagi ditindas; dengan itu keluaran arus terus tidak penuh. Pada susunan separuh kitar positif voltan masukan, anod diod akan menerima arus positif dan katod menerima arus negatif. Penerusan berlaku dan keluaran separuh beriak diperoleh, separuh kitar berikutnya tidak ada keluaran. Oleh itu, purata keluarannya tidak begitu baik dan tidak sesuai untuk sesetengah litar elektronik. |
rectifier meter | meter penerus | Kejuruteraan | Tiada | Gabungan alatan yang peka terhadap arus terus, dengan peranti penerusan yang dengannya voltan atau arus ulang-alik dapat diukur. Sinonim: alatan penerus. |