fixing | penetap | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Salah satu langkah memproses filem untuk memantapkan imej radiograf dengan menggunakan bahan kimia penetap pada suhu dan masa tertentu dan dilakukan di dalam bilik gelap. |
dowel pin | cemat penetap | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Komponen berbentuk cemat logam yang dimasukkan ke dalam lubang pada satu komponen bertujuan untuk menetapkan pen- jajaran komponen yang dipasang pada cemat tersebut. |
lower hang roll | landasan penetap | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat yang digantung untuk menetapkan kedudukan gelung supaya tidak terburai ketika dibentangkan. |
film processing | pemprosesan filem | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Langkah yang diperlukan untuk mencuci filem dalam kaedah radiografi seperti pembangun filem, larutan bantut, penetap, basuhan dan pengeringan. Setiap langkah ini dilakukan di dalam tangki pencuci yang mempunyai bahagian yang berbeza-beza pada suhu dan masa tertentu berdasarkan spesifikasi pengeluar filem. |
darkroom equipment | peralatan bilik gelap | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Peralatan yang terdapat di dalam bilik gelap untuk tujuan pemprosesan filem. Contohnya, lampu cahaya selamat, tangki pencuci, tangki cecah bantut, tangki penetap, tangki air dan pengering. |
endosymbion | endosimbion | Sains Marin | Tiada | Organisma yang hidup di dalam badan, tisu atau sel organisma lain secara mutualistik dengan perumahnya. Kebiasaannya, kedua-dua simbion dan perumahnya mendapat manfaat dalam hubungan tersebut. Contohnya, zooxantela yang hidup di dalam tisu karang dan bakteria penetap nitrogen (Rhizobia) yang hidup dalam nodul akar tumbuhan legum. |