Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ne.ta.san] | ڤنتسن

Definisi : proses menetaskan telur: ~ udang galah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ne.ta.san] | ڤنتسن

Definisi : perbuatan, proses dsb menetas atau menetaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penetasan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hatching tanktangki penetasanPerikananAkuakulturTempat yang digunakan untuk menetaskan telur ikan. Tangki penetasan kebiasaan6nya diperbuat daripada bahan plastik, gentian kaca dan konkrit.
hatching traytalam penetasanPerikananAkuakulturBekas berbentuk empat segi atau bulat yang digunakan untuk melakukan persenyawaan antara telur ikan betina dengan sperma ikan jantan. Talam penetasan kebiasaannya diperbuat daripada plastik dan terdapat juga bekas yang bingkainya sahaja diperbuat daripada plastik atau besi dan dipasangkan dengan jaring.
hatcherypusat penetasanPerikananAkuakulturTempat penghasilan benih ikan, udang dan sebagainya.
larvalarvaPerikananAkuakulturPeringkat selepas penetasan telur dan masih mempunyai kantung telur sebagai sumber makanan. Sinonim rega.
decapsulationnyahkapsulPerikananAkuakulturPengupasan kulit telur artemia di bahagian luar menggunakan larutan natrium hipoklorit (NaOCl). Kelebihan nyahkapsul adalah dapat membunuh protozoa, bakteria dan kuman-kuman yang melekat pada telur serta mempercepat proses penetasan sista artemia.
ephippiumefipiumPerikananAkuakulturSarung telur dalam keadaan rehat daripada pelbagai spesies krustasea kecil dalam kumpulan Kladosera. Efipium ini dilindungi oleh lapisan karapas kulit luar tambahan. Efipium terbentuk daripada kulit belakang ibunya bagi meningkatkan daya tahan telur rehat terhadap keadaan persekitaran yang buruk. Perkembangan embrio semasa efipium adalah terhenti. Efipium boleh berlanjutan selama bertahun-tahun sebelum embrio menyambung semula perkembangannya dengan rangsangan penetasan yang sesuai.
cladocerakladoseraPerikananAkuakulturSejenis haiwan daripada kumpulan krustasea atau kebiasaannya dikenali sebagai kutu air. Kladosera menghuni habitat berair tetapi jarang didapati di dalam laut. Kebanyakan kladosera bersaiz antara 0.2 ­– 6.0 mm panjang dengan kepalanya berpusing ke bawah, dan karapas yang menutupi toraks dan abdomennya kelihatan tidak bersegmen. Haiwan ini boleh dilihat dengan mata kasar tetapi struktur badannya hanya dapat dilihat jelas dengan menggunakan mikroskop. Kladosera membiak secara partenogenesis, iaitu secara aseksual pada masa dan keadaan yang sesuai. Kladosera yang digunakan di pusat penetasan untuk mengasuh anak ikan ialah moina dan Daphnia magna.
plankton netjaring planktonPerikananAkuakulturAlat yang digunakan untuk memungut plankton. Penggunaan jaring plankton dapat membantu menapis sampel plankton yang sedikit di dalam isi padu air yang banyak. Jaring plankton mempunyai saiz tertentu seperti 100, 150 dan 200 mikron bergantung pada jenis plankton yang hendak diambil. Jaring ini kebiasaannya direka bentuk seperti kon dengan panjang antara 50 – 60 cm, berdiameter 30 – 50 cm dan diikat pada tali sepanjang 2 m. Saiz jaring plankton dan saiz mata pukat boleh berbeza bergantung kepada keperluannya. Semakin besar luas permukaan jaring, semakin efektif jaring tersebut menapis plankton. Saiz mata skrin yang terlalu halus akan menyebabkan jaring mudah tersumbat dan mengurangkan keberkesanannya untuk memerangkap plankton. Penggunaan jaring plankton dengan saiz yang berbeza adalah lebih berkesan dalam pengasingan saiz plankton untuk kegunaan pusat penetasan.

Kembali ke atas