MMDS (multichannel multipoint distribution service/microwave multipoint distribution service) | MMDS (perkhidmatan pengagihan multititik multisaluran/perkhidmatan pengagihan multititik mikrogelombang) | Teknologi Maklumat | Tiada | Sistem penghantaran wayarles digital yang bekerja dalam julat 2.2-2.4 gigahertz(GHz). Ia juga semakin dikenali sebagai kabel wayarles. Ia memerlukan garis pandang antara penghantar dengan penerima yang boleh berada 30 batu atau lebih jaraknya. |
distributive policy | dasar pengagihan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Dasar yang dibentuk untuk menyelaraskan pengagihan peruntukan dari segi kewangan, keperluan barangan dan perkhidmatan kepada masyarakat oleh badan kerajaan dan agensinya. Dasar ini penting untuk memastikan kekayaan negara dapat diagihkan secara saksama dan sama rata. Pengagihan yang seimbang akan menjamin keamanan negara, keselamatan sosial dan kesejahteraan rakyat. Contohnya, peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dapat menjamin dan mempertingkatkan taraf kesihatan dan kebajikan rakyat. |
decentralized | pengagihan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pengagihan struktur pentadbiran. |
distribution | taburan; agihan; sebarang; pengagihan; pengedaran; penyebaran | Kejuruteraan | Tiada | 2. Pengagihan: Pembahagian kadar pengeluaran harian setiap telaga pada medan atau pajakan. |
distribution | pengagihan | Teknik | Elektrik | Penyebaran bekalan elektrik, yang diterima dari peringkat penghantaran, kepada beberapa stesen pencawang. Di sini voltan bekalan dari peringkat penghantar akan disebarkan kepada beberapa cawangan stesen pencawang dan seterusnya voltan itu akan diturunkan mengikut kehendak pengguna. Pengagihan merupakan satu peringkat dalam sistem pembekalan tenaga elektrik. |
schematic diagram | gambar rajah skema | Teknik | Elektrik | 1. Gambar rajah litar dalam bentuk lukisan pemasangan elektrik bagi menunjukkan pengagihan tenaga elektrik dari punca bekalan ke litar akhir pengguna. Pengagihan ini ditunjukkan dengan satu garisan sahaja. Gambar rajah ini dapat membantu perancang menentukan kadaran peralatan, saiz kabel, dan jenis pendawaian yang sesuai. 2. Gambar rajah litar dalam bentuk lukisan elektronik bagi menunjukkan litar sambungan dan nilai setiap komponen dalam susunan yang mudah difahami. Gambar rajah ini dilukis dengan menggunakan simbol grafik bagi setiap komponen yang terlibat. |
apportionment | pengagihan; peruntukan | Kejuruteraan | Tiada | Pembahagian yang dibuat berdasarkan kepentingan dan keperluan tertentu. |
apportionment | pengagihan; peruntukan | Ekonomi | Tiada | Pembahagian yang dibuat berdasarkan kepentingan dan keperluan tertentu. |
apportionment | pengagihan; peruntukan | Pentadbiran | Tiada | Pembahagian yang dibuat berdasarkan kepentingan dan keperluan tertentu. |
apportionment | pengagihan; peruntukan | Sains Politik | Tiada | Pembahagian yang dibuat berdasarkan kepentingan dan keperluan tertentu. |