Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.ja.ran] | ڤڠاجرن

Definisi : 1. perihal mengajar, segala sesuatu yg berkaitan dgn mengajar (spt cara atau sistem mengajar, aspek yg dipentingkan, dll): ~ bahasa Malaysia di sekolah-sekolah masih menghadapi beberapa kesulitan; 2. segala sesuatu (cara, perbuatan, dll) yg diajar­kan, ajaran: diperbuatlah oleh gergasi kedua seperti ~ Pak Pandir; 3. peringatan, pedo-m­an: pengalaman ini akan menjadi ~ bagi saya; supaya mereka dapat mengambil ~ drpd tanda-tanda kebesaran-Nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.ja.ran] | ڤڠاجرن

Definisi : 1 segala yg berkaitan dgn mengajar atau mengajarkan (spt caranya, sistemnya): ~ sains dan hisab sekarang ini berlainan drpd sebelum perang dahulu. 2 sesuatu yg dpt dijadikan pedoman; peringatan: Peristiwa itu menjadi ~ kpd kita supaya lebih berhati-hati apabila hendak berunding dgn mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengajaran

Peribahasa

Tunggul kayu kalau ditarah pelicin,
     diikut juga,
jangankan manusia.

Bermaksud :

Pengajaran yang baik lambat-laun dapat juga memperbaiki orang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
criterion referenced instruction (CRI)pengajaran berpandukan kriteria (CRI)Teknologi Maklumate-PembelajaranPendekatan pengajaran yang memperincikan set kaedah mereka bentuk dan penyampaian pengajaran khususnya latihan. Pembelajaran atau latihan dalam talian berasaskan CRI biasanya mampu diri dan kaya sumber media. Pada akhir pembelajaran, pelajar dikehendaki menduduki ujian kecekapan berasaskan kriteria yang ditetapkan bersesuaian dengan idea utama CRI, iaitu pembelajaran penguasaan dan pengajaran berorientasikan prestasi. Biasanya, CRI diguna pakai dalam pembelajaran atau latihan teknikal bersesuaian dengan objektif pengajaran yang diterbitkan daripada kriteria prestasi kerja dan kecekapan yang perlu dikuasai.
differentiated instructionpengajaran terbezaTeknologi Maklumate-PembelajaranStrategi pengajaran yang mengambil kira keperluan dan perbezaan setiap individu yang merangkumi gaya belajar, tahap kesediaan dan kebolehan seseorang pelajar menguasai isi kandungan pelajaran. Pengajaran terbeza berlaku apabila guru menggunakan strategi, bahan bantu mengajar dan aktiviti yang khusus kepada setiap pelajar supaya mereka dapat mencapai tahap penguasaan yang ditentukan mengikut kebolehan masing-masing.
instructional technologyteknologi pengajaranTeknologi Maklumate-PembelajaranBidang kajian penggunaan teknologi semasa bagi memperbaik pengajaran yang merangkumi semua aspek perekabentukan, pembangunan, pelaksanaan, pengurusan, pemantauan dan pentaksiran pengajaran.
Emergency Remote Teaching (ERT)Pengajaran Berjarak KecemasanPendidikanTiadaKaedah pengajaran di dalam kelas yang dipindahkan ke medium dalam talian dengan mengalihkan modul pembelajaran secara fizikal untuk beradaptasi secara maya. Kaedah ini dilaksanakan dalam tempoh masa yang suntuk disebabkan berlakunya kecemasan seperti penularan wabak, peperangan dan sebagainya yang menjejaskan pengajaran dan pembelajaran.
competency-based learningpembelajaran berasaskan kompetensiTeknologi Maklumate-PembelajaranPendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memperincikan set kaedah mereka bentuk dan penyampaian pengajaran khususnya kemahiran asas yang konkrit. Pada akhir pembelajaran, pelajar dikehendaki menduduki ujian kompetensi berasaskan kriteria yang ditetapkan. Pendekatan ini diguna pakai dalam pembelajaran atau latihan teknikal bersesuaian dengan objektif pengajaran yang diterbitkan daripada kriteria prestasi kerja dan kompetensi yang perlu dikuasai. Lihat juga pengajaran berpandukan kriteria (CRI).
instructional systems design (ISD)reka bentuk sistem pengajaran (ISD)Teknologi Maklumate-PembelajaranProses pentaksiran dan pembangunan bahan latihan dan pembelajaran secara sistematik yang direka bentuk untuk penyampaian latihan dan pengajaran. Proses pembangunan bahan ini umumnya berasaskan model reka bentuk pengajaran seperti model ADDIE dan model SAM.
distance teachingpengajaran jarak jauhTeknologi Maklumate-PembelajaranSistem pengajaran secara jarak jauh yang pelajar dan pengajar tidak semestinya sentiasa bersemuka secara fizikal. Lihat juga pembelajaran jarak jauh.
self-paced instructionpengajaran mampu diriTeknologi Maklumate-PembelajaranSebarang pengajaran berdasarkan kemampuan seseorang pelajar menguasai objektif pembelajaran tanpa kekangan masa. Lihat juga pembelajaran mampu diri.
technology-based instruction (TBI)pengajaran berasaskan teknologi (TBI)Teknologi Maklumate-PembelajaranTeknik pengajaran yang menggunakan teknologi seperti komputer, tablet, peranti pintar, telefon, alat perisian, peranti elektronik atau produk digital bagi tujuan penyampaian.
home-based teaching and learningpengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)PendidikanTiadaPengajaran dan pembelajaran (PDP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/atau luar talian dengan berstruktur dan terancang.
12345678910...

Kembali ke atas