Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.jian] | ڤڠاجين

Definisi : 1. usaha atau kegiatan belajar membaca Quran, pembacaan Quran: menjemput Pak Lebai kerana hendak diadakan kenduri berkhatam ~; 2. penyelidikan (yg mendalam atau terperinci), pelajaran atau perolehan pelajaran (yg mendalam atau di peringkat tinggi), kajian: pegawai-pegawai dihantar utk membuat ~ lanjutan utk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kepakaran dlm bidang bahasa dan sastera; tamat ~nya di Universiti Malaya; Jabatan P~ Melayu di Universiti Malaya; pusat ~ tinggi universiti atau institusi pengajian yg setaraf dgn universiti; P~ Jarak Jauh sistem pembelajaran secara sambilan yg ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yg menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pem­belajaran spt pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.jian] | ڤڠاجين

Definisi : 1 perbuatan atau hal mengaji. 2 cabang ilmu pengetahuan; pelajaran; pengetahuan: ~ ttg hal kuman disebut kaji kuman. ~ jarak jauh sistem pembelajaran secara sambilan yg ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yg menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pembelajaran spt pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video. pusat ~ tinggi universiti; institusi pengajian yg sama tarafnya dgn universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaji
Kata Terbitan : mengkaji, kajian, pengajian, pengkajian, pengkaji,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pragmaticpragmatikKesusasteraanTiadaDisiplin pengajian bahasa dan cabang liguistik yang mementingkan penggunaan bahasa dan dalam sesuatu konteks. Disiplin ini cuba mengetengahkan variasi sistematik dalam pemilihan dan pembentukan item liguistik yang didapati daripada ruang sosial. Disiplin ini mula diperkenalkan pada tahun 1930-1940-an apabila ahli falsafah linguistik, Morris dan Peirce mula membicarakan hubung kait petanda dengan pengguna dan penginterpretasi (pentafsir). Sejak tahun 1970-an, pengajian pragmatik mula mengalami pelbagai variasi, khasnya dengan pertumbuhan sosiolinguistik, analisis wacana dan gramatis yang berfungsi. Pengajian teori oleh Searle dan Austin amat penting dalam pertumbuhan disiplin ini. Perbezaan ketara antara pragmatik dengan semantik adalah pragmatik mementingkan penyebutan dan keadaannya lebih mementingkan ayat atau penyampaian. Contohnya, ayat �can you drive a car?� boleh membawa pelbagai maksud mengikut konteks. Pragmatik mementingkan fungsi, niat dan kesan sesuatu ayat, dan akhirnya tahap kepakaran linguistik yang diperlukan untuk setiap situasi sosial.
semanticsemantikKesusasteraanTiadaIlmu mengenai makna atau erti kata. Semantik boleh juga diertikan sebagai kajian makna perkataan atau ungkapan linguistik. Pengajian semantik berlaku pada semua peringkat bahasa daripada bunyi hingga wacana. Pada peringkat kata, pengajian biasanya dikenali sebagai semantik leksikal dan pada peringkat wacana dikenali sebagai semantik wacana.
criticismkritikanKesusasteraanTiadaCabang pengajian yang berkaitan dengan perihalan sastera. Contohnya, mendefinisikan karya sastera, mengklasifikasikan karya sastera berdasarkan genre, mentafsirkan makna, menganalisis struktur dan gaya, menilai mutu melalui perbandingan dengan karya lain, menjangkakan kesan terhadap pembaca, menetapkan prinsip umum kritikan sastera, dan mewajarkan kehadiran karya sastera daripada usaha menyanggah, menafikan, menolak dan menapisnya. Kritikan sastera berfokus pada empat perkara, iaitu pengarang, teks, khalayak dan konteks. Dalam proses kritikan ini, keempat-empat perkara tersebut digunakan, sama ada secara bersendirian, bertindan atau bergabung. Kritikan sastera juga memanfaatkan teori kritikan seperti marxisme, strukturalisme, pascastrukturalisme, pascamodenisme, pascakolonialisme, feminisme dan sebagainya. Teori kritikan juga berfokus pada empat perkara di atas. Lihat juga kritikan kehakiman, kritikan Marxis, kritikan moral, kritikan pascakolonial, kritikan pascastrukturalis, kritikan pramatik.
virologyvirologiPerikananAkuakulturCabang pengajian sains yang berkaitan dengan jangkitan virus pada ikan. Virologi memberikan tumpuan kepada kajian struktur, fisiologi, pertumbuhan, metabolisme, kepatogenan dan pembiakan virus.
aerodynamicsaerodinamikMatematikTiadaSuatu ilmu pengajian tentang pergerakan jasad di udara.
literary criticismkritikan sasteraKesusasteraanTiadaKaedah kritikan atau cabang pengajian yang berkaitan dengan hal-hal mendefinisi, mengklasifikasi, menghuraikan dan menilai karya kesusasteraan. Kritikan ini biasanya terbahagi kepada dua bahagian bahagian utama, iaitu kritikan amali dan kritikan teoritis. Kritikan amali memberikan tumpuan pada tkes semata-mata tanpa merujuk faktor luaran, ekstrinsik atau kontekstual, iaitu sejarah, keadaan sosial, biografi pengarang dan sebagainya. Tumpuan kritikan ini adalah pada unsur dalaman atau intrinsik teks, iaitu tema, plot, imejan dan ciri-ciri teks formal yang lain. Bentuk kritikan amali memberikan penekanan pada asktek tekstual dan menghasilkan ungkapan seperti �yang tertera di muka surat�, �bacaan teliti�, dan analisis teks. Antara pengkritik yang menonjolkan kaedah kritikan ini ialah Richards dan Cleanth Brooks. Kritikan amali dikenali juga sebagai kritikan terapan. Kritikan teoritis (teoritikal) pula merumuskan prinsip yang asasi untuk menentukan perbezaan antara bidang kesusasteraan dengan disiplin lain. Kritikan ini berperanan sebagai �kayu pengukur� bagi menentukan mutu sastera. Kedua-dua bidang kritikan di atas memanfaatkan teori kritikan, sama ada secara implisit atu eksplisit. Teori kritikan menyediakan kerangka untuk membaca dang menganalisis teks. Antara teori kritikan ialah Marxisme, feminisme, historisisme baru, pascastrukturalisme dan lain-lain. Kritikan berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �penghakiman�. Lihat juga historisme baru, kritikan Marxis, kritikan pascastrukturalis.
tuition fees insuranceinsurans fi tuisyeninsuransTiadaInsurans gangguan perniagaan yang diubahsuai khusus untuk melindungi institusi pengajian daripada kerugian fi tuisyen secara tidak langsung disebabkan oleh kebakaran atau peril yang dilindungi oleh polisi dan mengakibatkan institusi tersebut tutup.
course transferpindah kursusTeknologi Maklumate-PembelajaranKemudahan dalam e-pembelajaran untuk menukar enrolmen ke kursus atau mod pengajian yang baharu bagi sesuatu program.
reskillingpemahiran semulaPentadbiranTiadaKaedah untuk mengasah semula kemahiran dalam diri seseorang individu atau kumpulan individu melalui kursus atau pengajian yang ditawarkan oleh majikan khususnya kepada pekerja lama.
reskillingpemahiran semulaPengurusanTiadaKaedah untuk mengasah semula kemahiran dalam diri seseorang individu atau kumpulan individu melalui kursus atau pengajian yang ditawarkan oleh majikan khususnya kepada pekerja lama.
12

Kembali ke atas