experience API (xAPI) | API pengalaman (xAPI) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Suatu piawaian perisian e-pembelajaran yang membolehkan isi kandungan pembelajaran berinteraksi dengan platform sistem pembelajaran dengan cara merekod dan menjejak semua jenis pengalaman pembelajaran. Pengalaman pembelajaran pula direkodkan di dalam stor rekod pembelajaran (LRS). |
experience rating | pengkadaran pengalaman | insurans | Tiada | Pengkadaran berdasarkan kepada pengalaman kerugian yang lepas bagi sesuatu risiko dibandingkan dengan pengalaman kerugian untuk risiko purata. |
phygital | fizital | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Gabungan antara pengalaman digital dengan pengalaman fizikal khususnya dalam bidang pemasaran seperti pembayaran digital di kedai makan. |
learning experience design (LXD) | reka bentuk pengalaman pembelajaran (LXD) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Suatu proses merancang langkah pelaksanaan pengalaman pembelajaran pelajar. Proses ini melibatkan gabungan disiplin reka bentuk pelajaran, sains neuro, psikologi kognitif, sains sosial, pedagogi pengajaran dan pemikiran reka bentuk. Hasil LXD memerihalkan aktiviti pengalaman pembelajaran (LX) yang membolehkan pelajar mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki. Lihat juga pengalaman pembelajaran (LX). |
collective unconscious | bawah sedar kolektif | Kesusasteraan | Tiada | Ciri pengalaman dalaman manusia yang dikongsi dengan manusia lain. Konsep ini diketengahkan oleh C.G. Jung. Beliau berpendapat pengalaman secara tidak sedar bukan hanya diperoleh melalui pengalaman perseorangan, tetapi juga melalui ingatan arketip atau tipa induk turun-temurun (memori ras dalam istilah Freud). Manusia digambarkan mempunyai kecenderungan semula jadi yang sama untuk mencipta simbol-simbol tertentu yang kemudiannya dimanifestasikan dalam bentuk mitos, mimpi dan cerita rakyat. Lihat juga tipa induk. |
out-of-body experience | pengalaman luar jasad | Psikologi | Tiada | Berkaitan dengan pengalaman luar sedar individu yang berada di luar tubuh sendiri |
out-of-body experience | pengalaman luar jasad | Psikologi | Tiada | Berkaitan dengan pengalaman luar sedar individu yang berada di luar tubuh sendiri |
user experience design | reka bentuk pengalaman pengguna | - | Tiada | Reka bentuk produk atau perkhidmatan yang dapat memberikan pengalaman bermakna kepada pengguna. |
learning experience (LX) | pengalaman pembelajaran (LX) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sebarang rakaman interaksi, kursus, program atau apa-apa sahaja aktiviti pembelajaran, sama ada dalam sesi pembelajaran formal atau tidak formal. Contoh pengalaman pembelajaran seperti sesi kuliah, sesi bertemu pakar, lawatan sambil belajar, kerja lapangan, gamifikasi, interaksi dalam talian, latihan amali, sangkutan kerja dan aktiviti kokurikulum. |
Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL) | Pengiktirafan Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu | Pengurusan | Tiada | Kaedah untuk memberikan pengiktirafan kepada individu yang dapat membuktikan keterampilan seperti yang digariskan oleh Standard berdasarkan pengalaman dan pencapaian terdahulu. |