e-encounter | e-pertemuan | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Pertukaran maklumat klinikal secara dua hala berasaskan web antara pesakit dengan pengamal perubatan, yang melibatkan perbincangan tertutup tentang pertanyaan atau masalah pesakit. Perbincangan ini boleh dimulakan oleh pesakit atau pengamal perubatan. |
clinical decision support system (CDSS) | sistem sokongan keputusan klinikal (CDSS) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem yang dapat menganalisis data untuk membantu pengamal perubatan membuat sesuatu keputusan klinikal. CDSS merupakan adaptasi daripada sistem pembuat keputusan yang sering digunakan untuk menyokong pengurusan perniagaan. Pengamal perubatan menggunakan sistem ini untuk menganalisis dan menyediakan ulasan diagnosis sebagai satu cara menambah baik keputusan akhir rawatan. Analisis yang dibuat dapat meramal kejadian yang akan terjadi meliputi kesan ubat sehingga ke simptom penyakit. |
flag | penanda | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Huruf-huruf khusus pada keputusan ujian makmal untuk mendapatkan perhatian pengamal perubatan terhadap keputusan ujian tersebut. Lazimnya, aras normal pada keputusan ujian makmal telah ditetapkan mengikut selang rujukan tertentu. Setiap keputusan yang tidak normal akan mengeluarkan penanda untuk makluman dan tindakan selanjutnya oleh pengamal perubatan sekiranya perlu. Contohnya, jika keputusan ujian gula lebih tinggi daripada selang rujukan, penanda ‘H’ akan dipaparkan. |
e-consultation | e-perundingan | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Kaedah perbincangan yang dilakukan secara elektronik tanpa bersemuka. E-perundingan membolehkan rekod kesihatan elektronik (EHR) dikongsi antara pesakit dengan pengamal perubatan secara dalam talian. Kaedah ini menjimatkan masa dan kos bagi mendapatkan pandangan daripada pengamal perubatan berkenaan dengan kesihatan dan penyakit seseorang. |
paramedical practitioner | pengamal paramedik | Perubatan | Tiada | Kumpulan Penolong Pegawai Perubatan berdaftar yang memberikan rawatan, menjalankan ujian diagnostik, rehabilitasi dan khidmat nasihat kesihatan yang terhad berbanding skop dan kompleksiti tugas Pegawai Perubatan. Kumpulan ini juga boleh menjalankan tugas secara autonomi dalam skop yang ditetapkan atau dengan pengawasan yang terhad oleh Pegawai Perubatan. |
constructivist | konstruktivis | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Seseorang pengamal dan pendukung pendekatan pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme, iaitu pelajar perlu membina kefahaman sendiri mengenai dunia persekitaran mereka. Konstruktivis sentiasa menggalakkan pelajar membuat refleksi dan membawa pengalaman lalu kepada situasi baharu dan pengetahuan baharu dibina daripada pengetahuan sedia ada. |
pharmaceutical chemist | ahli kimia ubat | Sains Kesihatan | Tiada | Gelaran lama bagi pengamal farmasi dalam perkhidmatan farmasi kerajaan di Malaysia. |
psychography | psikografi | Kesusasteraan | Tiada | Frasa yang menekankan kepentingan kehidupan penulis pada hasil karyanya. Pengamal bidang ini digelar psikografer yang membuat kajian terperinci untuk mendapat maklumat mengenai pengaruh kehidupan yang dilalui penulis terhadap hasil karyanya. Istilah ini diaplikasikan oleh George Saintsbury kepada Sainte-Beuve yang menggelarkan dirinya sebagai naturalis kerohanian. Psikografi berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �penulisan berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �penulisan mengenai kerohanian�. Lihat juga jargon. |
psychiatric report | laporan psikiatri | Perubatan | Psikiatri | Maklumat perubatan pesakit psikiatri yang disediakan oleh pengamal perubatan. |
procedure | tatacara | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kaedah NDT secara peringkat demi peringkat daripada mula hingga akhir berdasarkan dokumen rasmi seperti kod, standard, dan spesifikasi yang digunakan oleh pengamal NDT. Contohnya, tatacara ujian ultrasonik terhadap kimpalan keluli karbon ialah tatacara yang menyatakan skop ujian, standard, jenis peralatan, prob, langkah-langkah tatacara, rekod, pelaporan, kriteria penerimaan dan lain-lain. Tatacara ujian ini perlu disahkan oleh pengamal NDT tahap 3. |