depth perception | persepsi dalaman | Psikologi | Psikologi Umum | Pengamatan yang melibatkan kesedaran individu terhadap jarak di antara dirinya dengan sesuatu objek. Pengamatan ini biasanya melibatkan penilaian tiga dimensi seperti melihat buku yang mempunyai tinggi, lebar dan panjang pada jarak tertentu. Pengamatan dalaman dikenali juga sebagai persepsi jarak. |
self-concept | konsep kendiri | Psikologi | Psikologi Umum | Pengamatan individu terhadap trait personaliti diri mereka sendiri. Konsep ini mempunyai semua idea, pengamatan dan perasaan tentang siapa sebenarnya seseorang itu. Contohnya, individu menganggap atau menyatakan bahawa dirinya seorang yang segak, rajin bekerja atau mudah bergaul. Konsep kendiri seseorang individu tidak semestinya konsisten dengan sudut pandangannya. Terdapat individu yang cuba mengubah suai pengakuannya supaya menepati dengan apa yang ditanggapi tentang dirinya. Menurut Rogers, jurang antara konsep kendiri dengan keadaan sebenar adalah berdasarkan darjah tak kongruen. |
intensifying factor | faktor pengamat | Kejuruteraan | Tiada | Nisbah antara masa dedahan tanpa tabir pengamatan dengan masa dedahan bertabir pengamatan. |
speed factor | faktor laju | Kejuruteraan | Tiada | Nisbah antara masa dedahan tanpa tabir pengamatan dengan masa dedahan bertabir pengamatan. |
terminus post quem | terminus post quem | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Pengamatan terhadap kedudukan artifak dan stratigrafi tanah. Pengamatan ini berhubung dengan penentuan kedudukan dan lapisan budaya artifak. Siranya artifak berada di bawah lapisan lantai tanah, ia tidak mungkin berada pada lapisan budaya setelah pembentukan lantai tersebut. Keadaan ini dikenal sebagai terminus pos quem. Sebaliknya, jika artifak berada pada lapisan stratigrafi, keadaan ini dikenali sebagai terminus ante quem. Contohnya di tapak A ditemui tembikar C yang berada pada lapisan III dan pada waktu yang sama tembikar C dijumpai juga pada lapisan II di tapak B. Maka tembikar C merupakan terminus post quem. Keadaan tembikar sebaliknya, dikenali dengan terminus ante quem. |
contextual data | data kontekstual | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Pengamatan yang dilakukan terhadap data arkeologi berdasarkan konsep ruang dan masa. Kepentingan data ini untuk melihat hubungan artifak dalam bentuk tunggal dan/atau pelbagai sama ada daripada satu spit, petak penggalian, lapisan tanah dan/atau pengamatan lingkungan. Kajian ini melibatkan pengamatan esosiasi dan himpunan artifak secara menegak dan mendatar, sehingga data konstekstual artifak tersebut berkembang secara tempatan atau dipengaruhi oleh unsur luaran seperti perdagangan atau perpindahan teknologi. Contohnya, penemuan tembikar kaki tiga di Semenanjung Malaysia dan di Thailand. |
participant observation | pengamatan peserta | Komunikasi | Korporat | Kaedah penyelidikan pasaran yang mengenal pasti gelagat pengguna sewaktu membuat pilihan pembelian barangan di pasaran dalam tempoh tertentu. Kaedah ini melibatkan pengkaji turut serta dalam sesuatu proses atau keadaan pasaran. Contohnya, pengkaji perlu berada dalam suasana pasaran sebenar pada sesuatu tempoh untuk mengenal pasti tabiat pemilihan dan pembelian barangan. Maklumat yang terkumpul digunakan oleh perancang strategi pengiklanan untuk menyusun strategi pemasaran barangan yang dikaji. Kaedah pengamatan peserta diakui sebagai kaedah yang sesuai untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai tabiat pembelian pelanggan. Kaedah ini juga digunakan oleh pihak syarikat pengeluar atau agensi pengiklanan untuk mendapatkan maklum balas keberkesanan iklan yang telah diterbitkan dan disiarkan. Melalui kaedah ini, pengiklan dapat mengenal pasti tahap sambutan khalayak terhadap barangan yang diiklankan. Pendekatan ini pada asalnya merupakan salah satu kaedah penyelidikan dalam bidang sains sosial. |
social learning approach | pendekatan pembelajaran sosial | Psikologi | Psikologi Umum | Pendekatan yang mengutamakan pengamatan sebagai faktor utama pembentukan tingkah laku. Kebanyakan pembelajaran manusia berlaku melalui pemerhatian individu terhadap sesuatu yang dilakukan oleh orang lain dan kemudiannya melihat atau membayangkan sesuatu sebagai kesan daripada pemerhatian. Contohnya, jika individu ingin belajar memandu kereta, maka individu tersebut perlu melihat seseorang pemandu lain mengendalikan kereta. Pendekatan pembelajaran ini hampir sama dengan ciri pembelajaran operan tetapi elemen peniruan dan pengamatan yang terlibat berbeza sedikit dengan pendekatan pembelajaran operan. |
visual perception | pengamatan tampak; persepsi penglihatan | Fizik | Tiada | Tiada |
toning intensification | pengamatan ton | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |