Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngam.bi.lan] | ڤڠمبيلن

Definisi : 1. perbuatan (usaha, cara, dsb) mengambil, pemungutan, pengutipan: kita terpaksa menambah ~ orang-orang baru; 2. pendapat, pengetahuan; sepanjang ~ saya sepanjang pengetahuan saya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngam.bi.lan] | ڤڠمبيلن

Definisi : perbuatan atau hal mengambil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengambilan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intake manifoldpancarongga pengambilanKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen yang menghubungkan injap pendikit dengan liang pengambilan pada kepala silinder. Pancarongga pengambilan terdiri daripada beberapa laluan yang bercabang mengikut bilangan liang pengambilan yang membentuk satu saluran masuk ke dalam kebuk pembakaran. Tujuannya adalah untuk mengalirkan udara atau campuran udara-bahan api masuk ke dalam kebuk pembakaran. Komponen ini biasanya diperbuat daripada aloi atau besi tuang. Banding pancarongga ekzos.
intake strokelejang pengambilanKejuruteraan AutomotifEnjinGerakan omboh dari kedudukan takat terakhir atas sehingga ke kedudukan takat terakhir bawah. Semasa lejang pengambilan ini beroperasi, injap pengambilan terbuka dan injap ekzos terutup. Ini menjanakan tekanan yang rendah dalam silinder enjin dan menyebabkan udara atau campuran udara-bahan api disedut ke dalam silinder. Proses ini dirujuk sebagai aruhan, Sinonim lejang aruhan.
intake valveinjap pengambilanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaInjap yang terbuka semasa lejang pengambilan untuk membolehkan udara atau campuran udara-bahan api memenuhi ruang silinder dari pancarongga pengambilan.
manifold vacuumvakum pancaronggaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaVakum yang wujud di dalam pancarongga pengambilan semasa lejang pengambilan.
compulsory acquisition of landpengambilan balik tanah secara paksaPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPengambilan tanah oleh kerajaan daripada tuan punya tanah untuk apa jua maksud dengan dibayar pampasan menurut kuasa undang-undang pengambilan balik tanah.
gasoline direct injectionsuntikan terus gasolinKejuruteraan AutomotifEnjinProses menyuntik bahan api terus ke dalam kebuk pembakaran. Dalam proses ini, udara bersih masuk melalui pancarongga pengambilan semasa lejang pengambilan dan dikawal melalui permeteran jisim udara. Dalam keadaan biasa, bahan api disuntik semasa lejang mampatan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kelajuan yang tinggi bahan api mula disuntik lebih awal lagi, iaitu di hujung lejang pengambilan. Sistem ini digunakan pada enjin kitar Otto yang menggunakan gasolin.
political recruitmentpengambilan politikSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan menarik orang baru atau golongan lebih muda supaya melibatkan diri secara aktif dalam politik. Proses ini boleh berjalan secara rasmi seperti kempen pengambilan ahli atau jawatankuasa baru oleh parti politik, dan boleh juga secara tidak rasmi atau tanpa sedar seperti timbul kesedaran orang ramai yang kemudian memilih menyertai parti politik atau NGO untuk bergerak aktif. Bentuk pengambilan ini boleh berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat lain bergantung kepada sistem dan budaya politik, latar belakang masyarakat, sejarah negara, taraf hidup dan ekonomi negara. Proses ini lebih longgar dalam negara demokrasi dan lebih terkawal dalam negara komunis dan autoritarian lain. Contohnya, pengambilan politik dalam politik Malaysia berjalan secara tidak rasmi apabila rakyat dibolehkan menyertai mana-mana parti politik yang disukainya pada bila-bila masa.
direct injectionsuntikan terusKejuruteraan AutomotifEnjinProses menyuntik bahan api terus ke dalam kebuk pembakaran. Dalam proses ini, udara bersih masuk melalui pancarongga pengambilan semasa lejang pengambilan dan dikawal melalui permeteran jisim udara. Manakala bahan api disuntik di akhir lejang mampatan. Sistem ini digunakan untuk enjin diesel dan memerlukan tekanan yang sangat tinggi untuk membolehkan bahan api dipaksa masuk ke dalam kebuk pembakaran dan bercampur dengan udara semasa lejang mampatan. Singkatan DI. Banding suntikan tak langsung.
valve overlaptindihan injapKejuruteraan AutomotifEnjinKeadaan apabila kedua-dua injap pengambilan dan injap ekzos terbuka. Keadaan ini berlaku pada akhir lejang ekzos dan permulaan lejang pengambilan. Pada keadaan ini, injap ekzos masih belum tertutup sepenuhnya manakala injap pengambilan telah mula terbuka. Tindihan injap diukur dalam darjah pusingan aci engkol.
manifold vacuumvakum pancaronggaKejuruteraan AutomotifEnjinKeadaan vakum dalam pancarongga pengambilan bagi sebuah enjin pembakaran dalam yang dijana hasil gerakan omboh ke arah takat terakhir bawah semasa lejang pengambilan. Gerakan ini membentuk tekanan negatif atau sedutan dalam silinder enjin serta pancarongga pengambilan yang menyebabkan udara atau campuran udara-bahan api disedut ke dalam silinder enjin.
12345678910...

Kembali ke atas