Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.na.li.sis] | ڤڠاناليسيس

Definisi : orang (pihak) yg menganalisis: kaedah ini masih popular digunakan di kalangan para ~ perniagaan di Amerika Syarikat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.na.li.sis] | ڤڠاناليسيس

Definisi : orang yg menganalisis sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penganalisis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
exhaust-gas analyserpenganalisis gas ekzosKejuruteraan AutomotifEnjinPeralatan yang digunakan untuk mengukur jumlah bahan pencemar yang terdapat dalam gas ekzos yang dihasilkan oleh enjin. Terdapat beberapa jenis peralatan bergantung pada bilangan bahan pencemar yang diukur. Contohnya, penganalisis jenis dua gas boleh mengukur kandungan gas hidrokarbon dan karbon monoksida, manakala penganalisis jenis empat gas boleh mengukur gas hidrokarbon dan karbon monoksida bersama- sama dengan gas oksigen dan karbon dioksida. Terdapat juga penganalisis gas ekzos yang berkeupayaan lebih tinggi yang boleh mengukur gas lain seperti nitrogen oksida. Komposisi gas karbon monoksida, karbon dioksida dan oksigen biasanya dibaca dalam kiraan peratus, manakala gas hidrokarbon dan nitrogen oksida dibaca dalam unit bahagian per juta (ppm).
contract analysisanalisis kontrakHerbaTiadaPerjanjian antara seseorang individu atau syarikat dengan penganalisis kontrak untuk menjalankan sebarang aktiviti analisis yang berkaitan dengan kualiti, keberkesanan dan keselamatan bahan mentah, sediaan dan produk herba. Penganalisis kontrak perlu mempunyai makmal bertauliah, peralatan dan personel yang mematuhi keperluan Amalan Makmal Baik. Analisis perlu dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pelanggan. Sijil analisis perlu ditandatangani oleh pegawai bertauliah.
polarimeterpolarimeterKimiaKimia AnalisisAlat yang digunakan untuk mengukur keaktifan optik suatu larutan atau cecair. Polarimeter terdiri daripada tiub yang mengandungi larutan, dua prisma Nicol, pengutub dan penganalisis serta kanta untuk membesarkan keamatan cahaya. Sumber cahaya monokromat digunakan seperti lampu natrium. Darjah putaran ditentukan dengan memutar penganalisis hingga ia bersilang dengan pengutub. bd. penganalisis.
analyzerpenganalisisKimiaKimia AnalisisPrisma Nicol yang kedua di dalam suatu polarimeter yang apabila diputar pada 90° relatif kepada pengutub, ia tidak membenarkan cahaya melaluinya. bd. polarimter.
infrared analyzerpenganalisis inframerahKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan Keretalihat: exhaust-gas analyzer.
mass analyzerpenganalisis jisimFizikNanoteknologiSpektrometer jisim yang digunakan untuk menentukan komposisi kimia suatu sampel berasaskan pemisahan ion mengikut nisbah jisim per cas (m/z). Bahan sampel analisis ini terlebih dahulu dijadikan ion bergas dan dialirkan dalam medan magnet dan elektrik. Alat ini juga dapat menentukan komposisi isotop satu atau lebih unsur dalam sesuatu sebatian.
infrared analyserpenganalisis inframerahKejuruteraan AutomotifEnjinAlat yang mengukur aras gas hidrokarbon, karbon monoksida, karbon dioksida dan oksigen dengan menggunakan teknik sinar inframerah.
exhaust-gas analyzerpenganalisis gas ekzosKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang digunakan untuk mengesan tahap pencemaran udara pada gas ekzos.
thermogravimetry analyzer (TGA)penganalisis termogravimetri (TGA)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah analisis terma yang mengukur jisim sampel dalam sela masa tertentu apabila suhu berubah.
pulse height analyzerpenganalisis ketinggian denyutKimiaKimia AnalisisAlat yang digunakan untuk memilih isyarat tertentu dengan bertindak sebagai monokromator sekunder dan sekali gus menolak sinaran terserak daripada unsur yang tidak diperlukan. Dengan menggunakan alat ini, unsur-unsur yang mempunyai nombor atom berlainan dapat dibezakan.
12

Kembali ke atas