environmental impact assessment tool | alat penilaian kesan alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Peralatan yang digunakan dalam kerja lapangan, penganalisisan, pentaksiran dan penilaian data yang berhubung kait dengan kesan terhadap alam sekitar. Contohnya, peralatan pensampelan dan penganalisisan serta peranti perisian dan perkakasan komputer. |
site analysis | analisis tapak | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Pengumpulan dan penganalisisan data tentang tapak pembangunan yang antara lain termasuk sempadan, saliran, dan keadaan tanah. |
site-specific analysis | analisis khusus tapak | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Pengumpulan dan penganalisisan data di tapak pembangunan secara saintifik antaranya melibatkan kajian geoteknik, sistem saliran, dan analisis kecerunan. |
nanoparticle tracking analysis | analisis penjejak nanozarah | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah untuk penggambaran dan penganalisisan nanozarah dalam cecair yang berkaitan dengan kadar gerakan Brownan dengan saiz zarah. |
foot | ruas | Kesusasteraan | Tiada | Unit rentak atau irama dalam puisi atau prosa; satu bahagian dari satu karangan yang disukat menurut pelbagai bentuk suku kata (panjang dan pendek; yang ditekan dan tidak ditekankan) untuk penganalisisan struktur. Kebanyakan prosa moden ditulis tanpa kesedaran terhadap bentuk yang seumpama itu; puisi terbaharu yang bebas juga tidak disukat menurut sistem ini. Pada peringkat tertentu, prosa klasik dan perkembangan puisi Barat mengikuti juga corak perulangan atau sistem ruas. Variasi ruas dalam karangan menguatkan lagi rentaknya, sementara perulangan ruas dalam sesebuah puisi melahirkan polairama. |
psychoanalytic criticism | kritikan psikoanalitik | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang menganalisis perkaitan antara penulis dengan karyanya. Kritikan tertumpu pada watak yang dicipta, bahasa, dan imej yang digunakan oleh pengarang. Kaedah kritikan sastera ini dipengaruhi oleh pandangan ahli psikologi terkenal, iaitu Sigmund Freud dan Carl Jung. Kaedah ini menganggap karya sastera sebagai suatu ekspresi bawah sedar yang terhasil melalui psiki individu (penulis) atau koleksi bawah sedar manusia. Di samping itu, pengalaman dan respons pembaca juga diambil kira dalam mengaplikasikan kritikan psikoanalitik, dan fokur analis terhadap psiki pembaca tersebut. Sigmund Freud (1856 � 939) mengaplikasikan prinsip dalam bidang psikoanalisis dan menggunakannya untuk menulis esei penganalisisan watak dalam sastera. Menurut beliau, teks sastera seumpama mimpi dan cara yang digunakan untuk menganalisis teks sastera tersebut. Mimpi berfungsi sebagai salah satu cara menunaikan hasrat bawah sedar tertekan seorang individu. Hasrat ini dikekang atau dikawal oleh �sensor� (penapis) dalam minda manusia, dan sensor ini dibentuk oleh norma sosial. Eseinya yang paling terkenal ialah The Interpretation of Dreams (1900), membincangkan watak Oedipus dalam drama Yunani purba oleh Sophocles dan watak Hamlet dalam drama Shakespeare. Teori ego psikologi yang dimajukan oleh Norman Hollang dalam karyanya berjudul The Dyanamics of Literary Response (1968) dan Five Readers Reading (1975) dikaitkan dengan psikologi pembaca. Beliau menggunakannya untuk menilai perhubungan antara pembaca dengan teks. Kajian Jacques Lacan mengenai bahasa dan hubungannya dengan perasaan subsedar (subconscious) seorang pembaca dalam karyanya berjudul Ecrits (1977) dan The Four Fundamental Concepts of Psycho-Analysia (1977), memberikan interpretasi baharu kepada pendapat Freud mengenai teori wacana struktural dan pascastruktural. Teori dan psikologi Carl Jung mengenai koleksi bawah sedar dan tipa induk turut mempengruhi perkembangan kritikan dalam teori psikoanalitik. Kritikan ini turut dikenali sebagai kritikan Freud atau kritikan psikoanalitik tradisional. |