unemployment benefit | bantuan penangguran | Ekonomi | Tiada | Bantuan kewangan yang diberi kepada penganggur sama ada yang belum pernah bekerja atau yang diberhentikan. Bantuan pengangguran ini merupakan satu bentuk bayaran pindahan. Tujuannya adalah untuk memastikan pendapatan pengangguran tidak berada di bawah paras cukup hidup. Sinonim pampasan pengangguran. |
unemployment insurance | insurans pengangguran | insurans | Tiada | Insurans sosial untuk penganggur individu yang dilindungi dan dibayar melalui organisasi negeri menunggu tempoh kelayakan. |
unemployment compensation disability insurance | insurans hilang upaya pampasan pengangguran | insurans | Tiada | Insurans kesihatan yang memberi perlindungan kemalangan dan penyakit semasa insured tidak bekerja. Polisi ini tidak memberi perlindungan hilang upaya akibat kecederaan atau penyakit yang dilindungi oleh Insurans Pampasan Pekerja. |
beggar-thy-neighbour policy | dasar memapakan jiran | Ekonomi | Tiada | Program bertujuan meningkatkan aktiviti ekonomi dalam negeri dengan mengenakan kuota atau tarif untuk menyekat import sehingga boleh menjejaskan sektor eksport negara lain. Negara yang menghadapi masalah pengangguran boleh menyekat import untuk meningkatkan permintaan terhadap keluaran dalam negeri dan seterusnya menambah peluang pekerjaan. Kesan tindakan tersebut ialah seolah-olah negara itu mengeksport pengangguran ke negara lain. Dasar ini sering diikuti oleh tindakan ketimbalbalikan oleh negara lain. |
downward swing | ayunan ke bawah | Ekonomi | Tiada | Keadaan kitaran perdagangan apabila aktiviti perniagaan dan perdagangan lembap, harga sedang mengalami kejatuhan, dan kadar pengangguran sedang meningkat. Misalnya, di Malaysia ayunan ke bawah berlaku pada akhir tahun 1970-an hingga pertengahan tahun 1980-an. Sinonim fasa ke bawah. Lihat juga kitaran perdagangan. |
labour economics | ekonomi buruh | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi yang mengkaji pasaran buruh seperti permintaan dan penawaran buruh, kecekapan buruh, upah, pergerakan pekerja, diskriminasi pekerjaan, dan masalah pengangguran. Cabang ekonomi ini lebih kerap menggunakan teori mikroekonomi. |
weighted index number method | kaedah nombor indeks pemberat | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kaedah penentuan sempadan wilayah formal melalui pengelompokan kawasan mengikut kriteria tertentu seperti kadar pengangguran atau tingkat pendapatan per kapita. |
Keynesian economics | ekonomi Keynes | Ekonomi | Tiada | Fahaman ekonomi tentang penentuan pendapatan negara dan guna tenaga yang melibatkan komponen sektor benar. Saranan utamanya adalah ekonomi mungkin mencapai keseimbangan walaupun terdapat pengangguran, dan dengan merangsang permintaan agregat, kemelesetan ekonomi dapat dipulihkan. Mengikut fahaman ini, dasar fiskal melalui cukai dan perbelanjaan kerajaan adalah yang paling baik untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi. Lihat juga model Keynes. Sinonim sistem Keynes. |
development economics | ekonomi pembangunan | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi yang membincangkan masalah pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang boleh meningkatkan taraf hidup rakyat dan masalah agihan semula pendapatan dan kekayaan negara supaya pemilikannya lebih setara. Ekonomi pembangunan juga membincangkan cara mengatasi masalah pengangguran dan inflasi. |
social insurance | insurans sosial | insurans | Tiada | Insurans wajib yang dijadikan undang-undang untuk menyediakan jaminan ekonomi bagi kumpulan orang ramai, terutamanya di kalangan mereka yang berpendapatan rendah. Ianya mengambil perhatian utama tentang kos dan kehilangan pendapatan berikutan daripada penyakit, kecederaan daripada kemalangan, umur tua, pengangguran dan kematian ketua keluarga. |