transportation sector | sektor pengangkutan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Bidang yang menyediakan kemudahan untuk pergerakan manusia, barangan dan haiwan dengan mewujudkan pelbagai infrastruktur. Sektor pengangkutan merangkumi syarikat penerbangan, logistik, kargo udara, marin, kereta api, infastruktur dan perkhidmatan pengangkutan. |
marine insurance | insurans marin | insurans | Tiada | Insurans yang khusus berkaitan dengan kaedah pengangkutan serta barangan dalam transit. Istilah marin sahaja merujuk kepada pengangkutan lautan dan istilah marin dalaman pula merujuk kepada pengangkutan serta barangan di darat termasuk sungai dan tasik. |
public transport | pengangkutan awam | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Sistem pengangkutan awam yang lazimnya disediakan untuk menghubungkan antara tempat kediaman dalam bandar, antara bandar dan antara wilayah. |
urban transport | pengangkutan bandar | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Sistem pengangkutan awam dalam kawasan bandar. |
ride-hailing | e-panggilan | Pengangkutan | Tiada | Penempahan khidmat pengangkutan secara dalam talian melalui aplikasi tertentu. |
e-hailing | e-panggilan | Pengangkutan | Tiada | Penempahan khidmat pengangkutan secara dalam talian melalui aplikasi tertentu. |
transportation infrastructure | infastruktur pengangkutan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Kemudahan dan perkhidmatan asas yang menyokong sistem pengangkutan, contohnya jalan raya, landasan kereta api, pelabuhan dan lapangan terbang. |
transportation insurance | insurans pengangkutan | insurans | Tiada | Polisi terbuka yang melindungi harta insured semasa harta tersebut diangkut. Perlindungan ini meliputi semua jenis pengangkutan termasuk kapal yang diperlukan untuk mengangkut harta tersebut dari lokasi asalnya ke destinasi terakhir. |
frequency schedule | jadual kekerapan | Pelancongan | Tiada | Susunan perjalanan pengangkutan yang merangkumi kekerapan perjalanan yang disediakan oleh syarikat pengangkutan. |
transportation/travel ticket policy | polisi pengangkutan/ perjalanan bertiket | insurans | Tiada | Polis yang membayar faedah kematian, kecederaan anggota, dan hilang upaya. Polisi ini dikeluarkan bersama dengan tiket pengangkutan awam dan terhad kepada risiko dan tempoh perjalanan berkaitan dengan tiket tersebut. |