conditional joy | nikmat bersyarat | Kesusasteraan | Tiada | Motif biasa dalam cerita pari-pari. Motif ini menyentuh tentang penganugerahan atau suatu rahmat besar yang dijanjikan kepada protagonis dengan syarat tidak mencabuli sesuatu pantang larang. Penulis dan pengkritik Inggeris, G.K. Chesterton yang mencipta istilah ini berpendapat bahawa hukum-hakam alam pari-pari ditentukan oleh manusia dan bukannya sains. |
inaugural poem | puisi inugeral | Kesusasteraan | Tiada | Syarahan atau ucapan yang disampaikan dalam bentuk puisi pada majlis pengiktirafan. Contoh: Pengucapan Kemala dalam Majlis Penganugerahan Sastera Negara. |
certificate of accomplishment | sijil pencapaian | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pernyataan pencapaian kepada peserta yang telah melengkapkan sesuatu tahap sesi pembelajaran tertentu secara dalam talian. Pernyataan ini lebih bersifat ganjaran dan elemen untuk memotivasikan peserta bagi melengkapkan kursus yang diikuti. Pernyataan pencapaian ini bukan bersifat sijil sebenar seperti penganugerahan kredit akademik, gred atau ijazah. |
nationality | kerakyatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Status kewarganegaraan yang dimiliki oleh seseorang dalam sesebuah negara. Status ini membezakan seseorang itu dengan pelancong, pendatang yang sah dan tidak sah, pelarian dan pemohon suaka politik. Dengan status kewarganegaraan, seseorang itu layak mendapat hak seperti yang sewajarnya diterima oleh seorang warganegara seperti hak mengundi, dilindungi oleh kerajaan dan pelbagai jenis pembiayaan seperti persekolahan, kesihatan dan kebajikan. Status warganegara boleh diperoleh melalui beberapa cara seperti melalui jus soli atau menjadi warganegara apabila lahir di negara tersebut atau melalui permohonan secara perundangan dan penganugerahan oleh sesebuah negara atas kepakaran yang dimiliki. |