Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[penga.sa.pan] | ڤڠاسڤن

Definisi : perihal (perbuatan) mengasapi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[penga.sa.pan] | ڤڠاسڤن

Definisi : hal (cara, perbuatan dsb) mengasapi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengasapan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
smokingpengasapan; penyalaianPentadbiran PerniagaanTiada1. Pengasapan: Perihal mengeringkan atau memanggangkan sesuatu di atas benda yang dibakar sehingga gas kelihatan keluar berkepul-kepul dari benda yang dibakar.,2. Penyalaian: Perbuatan atau proses mengeringkan atau mengasapi makanan atau sebagainya di atas api.
smokingpengasapanMakanan dan PemakananMakananProses mengawet makanan dengan meningkatkan perisa, memerangkan atau memasak dengan mendedahkannya kepada asap pembakaran bahan terutamanya kayu.
sausage smokingpengasapan sosejPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
plate smokingpengasapan platKesenianTiadaProses menghitamkan lapisan damar di permukaan plat guris.
cured meatdaging terolahBiologiMikrobiologiDaging yang telah dirawat dengan pelbagai cara seperti pengeringan, pengasapan, dan dengan penggunaan bahan kimia untuk merencat pertumbuhan mikroorganisma.
ribbed smoked sheet (RSS)getah asap berbunga (GAB)PertanianAgronomi

 Getah keping yang telah melalui mesin penggiling berjalur, dikeringkan dan dijemur di dalam rumah asap. Pengasapan bertujuan untuk mengelakkan jangkitan kulat pada getah. Kepingan getah asap berbunga (GAB), digredkan mengikut warna, konsistensi dan kandungan bahan asing. Gred GAB1 adalah yang paling baik diikuti GAB2 dan GAB3.

curingpematanganMakanan dan PemakananMakananProses mengawet makanan dengan menyingkirkan kelembapan daripada makanan dan penambahan garam, nitrat, nitrit atau gula terutamanya kepada makanan seperti daging, ikan dan sayur-sayuran. Pematangan makanan termasuklah pengasapan, penjerukan, penggaraman dan pengairgaraman. Proses ini akan mengurangkan kerosakan makanan dan memanjangkan jangka hayat sesuatu produk makanan.
food preservationpengawetan makananKimiaTiadaPemprosesan makanan dengan tujuan mencegah penguraian bahan kimia dan pembiakan mikroorganisma berbahaya. Pengawetan makanan boleh dilakukan melalui proses pensterilan atau penyimpanan makanan dalam keadaan yang tidak sesuai bagi pertumbuhan mikroorganisma, seperti cara penyejukan, pengeringan, penjerukan atau pengasapan. Bahan pengawet yang digunakan dalam pengawetan makanan termasuk sulfit, benzoat, dan borat.
kemenyankemenyanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Styrax spp. daripada famili Styracaceae. Nama ini berasal daripada nama damar yang dikeluarkan oleh kulit kayunya. Spesies utama kayu ini termasuk Styrax benzoin, S. crotonoides dan S. paralleloneurum. Gubal kayu kemenyan dan teras kayunya dibezakan, dan berwarna coklat muda. Tekstur kayunya halus dengan ira yang lurus dan beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 575 hingga 640 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Kegunaan utamanya ialah damar kemenyan, yang digunakan untuk pengasapan atau perubatan tradisional.

Kembali ke atas