isolation | pemencilan/pengasingan | Herba | Pemiawaian | Proses pemisahan sebatian kimia tertentu daripada campuran sesuatu ekstrak atau fraksi herba. Proses ini boleh dilakukan melalui kaedah kromatografi, seperti kromatografi turus dengan menggunakan pelarut organik atau akueus. Contohnya, pemisahan sebatian piawai eurikomanon daripada ekstrak akueus tongkat ali (Eurycoma longifolia). Sinonim pengasingan. |
isolation | pengasingan | Kesihatan Awam | Tiada | Pemisahan seseorang atau sesuatu kumpulan daripada orang lain, kecuali petugas yang bertanggungjawab atas penjagaan atau pemisahan tersebut, untuk mencegah perebakan sesuatu penyakit berjangkit dan memberikan rawatan kepada mereka. |
alienation | pengasingan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses yang membawa kepada terpisahnya individu daripada hasil pengeluaran apabila hak produk tersebut diberi kepada individu lain atau institusi tertentu. Dalam konteks revolusi industri, proses ini memisahkan individu dengan proses pengeluaran dan dunia kehidupannya kesan daripada pengkhususan kerja yang tinggi. Menurut Marx, buruh yang terpisah ini dianggap sebagai objek dalam Zaman Revolusi Perindustrian. Sinonim penyisihan. |
segregation | pengasingan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemisahan yang dilakukan terhadap individu, kelompok dan petempatan. Pemisahan ini dilaksanakan dengan memindahkan kelompok yang sedia ada melalui suatu rancangan yang rapi berasaskan etnik, agama, warna kulit atau status sosial. Pemisahan ini dilakukan sama ada untuk kepentingan etnik tertentu, dasar warna kulit, layanan yang tidak sama atau untuk mengelak masyarakat ini bercampur antara satu sama lain. Contohnya, dasar Aparteid yang pemah diamalkan di Afrika Seletan yang mengasingkan penduduk kulit putih dengan kulit hitam. |
isolation | pengasingan | Herba | Pemiawaian | Lihat pemencilan. |
isolution | pengasingan | Kejururawatan | Tiada | Penyisihan mikroorganisma daripada persekitaran asal. |
self-isolation | pengasingan kendiri | Kesihatan Awam | Tiada | Tindakan kekal berada di rumah sendiri dan mengelakkan diri daripada berhubung dengan orang lain untuk mengurangkan perebakan sesuatu virus. |
traffic segregation | pengasingan trafik | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kaedah mengasingkan trafik mengikut jenis kenderaan, destinasi, penggunaan kenderaan sama ada penuh atau tidak, dan sebagainya. |
social isolation | pengasingan sosial | Kejururawatan | Tiada | Kesepian yang dialami oleh pesakit akibat dipinggirkan atau pesakit itu sendiri yang mengasingkan dirinya sendiri. Keadaan ini membawa kesan negatif kepada pesakit. |
isolation ward | wad pengasingan | Kesihatan Awam | Tiada | Wad yang dikhaskan untuk pesakit yang mempunyai penyakit berjangkit dan berasingan daripada orang ramai yang tidak dijangkiti. |