Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.suh] | ڤڠاسوه

Definisi : orang yg (kerjanya) mengasuh: dicarilah ~ utk anak raja itu; ~ bunga daun-daun kecil yg tidak sempurna yg terdapat pd tangkai (sebelah bawah) bunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.suh] | ڤڠاسوه

Definisi : orang yg mengasuh; penjaga dan pendidik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengasuh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tutelary statenegara pengasuhSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang berperanan membimbing rejim asuhan ke arah pemerintahan yang lebih baik, demokratik atau maju. Hubungan ini tidak bersifat penjajahan tetapi lebih bersifat membantu tanpa ikatan kontraktual. Negara pengasuh biasanya memberikan sumbangan dari segi ekonomi, infrastruktur, pendidikan dan sosial kepada negara baharu ini. Negara bekas penjajah juga sering menjadi negara pengasuh kepada bekas tanah jajahannya. Contohnya, Great Britain menjadi negara pengasuh kepada Malaysia, India dan Sri Lanka.
caregiverpengasuhKejururawatanTiadaSeseorang yang menguruskan jagaan kepada pesakit yang bergantung sepenuhnya atau bergantung separa untuk penjagaan diri pesakit berkenaan.
comickomikKesusasteraanTiadaUnsur yang menimbulkan kelucuan dalam karya sastera. Kesan kelucuan biasanya dikaitkan dengan drama komedi. Unsur komik turut ditemui dalam drama tradisional tempatan, iaitu Makyung, Mek Mulung, dan Wayang Kulit yang dibawakan oleh watak peran dan pengasuh. Lihat juga drama satir, makyung.
charmpuisi pujaKesusasteraanPuisiPuisi tradisional atau puisi moden yang tema dan persoalan serta nadanya mengarah kepada pemujaan. Bentuknya kerap digunakan dalam mantera, jampi dan serapah. Contohnya, seperti mantera di bawah. Seri Dangomala, Seri Dangomali ! Hendak kirim anak sembilan bulan; Segala inang, segala pengasuh; Jangan beri sakit,jangan beri demam; Jangan beri ngilu dan pening; Kecil menjadi besar; Tua jadi muda; Yang tak kejap diperkejap; Yang tak sama dipersama; Yang tak hijau diperhijau; Yang tak tinggi dipertinggi; Hijau seperti air laut; Tinggi seperti Bukit Kaf.

Kembali ke atas