Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.tu.ran] | ڤڠاتورن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) meng­atur(kan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengaturan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mise en scenemise en sceneKesusasteraanTiadaPengaturan aspek visual dalam penerbitan drama. Pengaturan ini mengambil kira aspek pementasan termasuklah latar hias, prop, tatacahaya, kostum dan lakonan. Mise en scene digunakan dalam pembikinan filem bagi mengatur babak untuk rakaman kamera, tetapi tidak termasuk kerja penyuntingan dan teknik penggambaran.
periodic commuting arrangementpengaturan ulang alik berkalaSains PolitikHubungan AntarabangsaSkim yang membenarkan penduduk Singapura dan Malaysia yang memegang pas imigresen jangka panjang bagi tujuan perniagaan dan pekerjaan memasuki negara terbabit untuk bekerja.
site planningperancangan tapakPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPengaturan persekitaran fizikal untuk sesuatu kawasan kecil seperti satu kelompok perumahan, bangunan atau sebahagian kecil bandar.
town planningperancangan bandarPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSeni dan sains pengaturan guna tanah dan aktiviti sesebuah bandar.
national spatial planningperancangan ruang nasionalPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaProses pengaturan perancangan strategik yang menye- luruh tentang pembangunan ruang nasional yang terdiri daripada laporan bertulis dan dibantu dengan gambar rajah terperinci.
urban designreka bentuk bandarPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu disiplin yang menumpukan perhatian kepada pengaturan dan penyusunan ruang di bandar dan fungsi bandar untuk mewujudkan persekitaran yang harmoni dan menarik.

Kembali ke atas