Gypsy verification environment | persekitaran penentusahan Gipsi | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Unitiliti pengaturcaraan bersepadu untuk bahasa pengaturcaraan Gipsi untuk membantu reka bentuk dan pengaturcaraan. Persekitaran ini digunakan untuk menghuraikan keperluan fungsian perisian yang dibangunkan, membantu penulisan kod atur cara, dan mengesahkan hasil pengaturcaraan. Utiliti bersepadu yang digunakan dalam persekitaran ini mengandungi sebuah penyunting kod, pemproses spesifikasi, penjana kriteria pengesahan, pembukti teorem, dan alat penjejakan aliran maklumat. |
mail application programming interface (MAPI) | antara muka pengaturcaraan aplikasi mel (MAPI) | Teknologi Maklumat | Tiada | Antara muka pengaturcaraan yang membolehkan aplikasi menghantar dan menerima mel melalui sistem pemesejan mel Microsoft. Antara muka ini merupakan sebahagian daripada seni bina perkhidmatan membuka Windows (WOSA) dan merupakan sebahagian daripada semua sistem pengendalian Windows. Antara muka ini merupakan satu set fungsi API dan sebagai antara muka OLE yang membenarkan pemesejan pelanggan berinteraksi dengan beberapa perkhidmatan mesej. Lihat juga antara muka atur cara aplikasi (API). |
temperature programming | pengaturcaraan suhu | Kimia | Kimia Analisis | Teknik operasi kromatografi gas yang suhu turus diaturcarakan daripada suhu asal kepada suhu lain yang lebih tinggi dengan kadar pemanasan yang tetap. |
nonlinear programming | pengaturcaraan tak linear | Matematik | Tiada | Satu cabang matematik gunaan yang berkaitan dengan mencari nilai maksimum atau minimum fungsi beberapa pemboleh ubah, apabila pemboleh ubah di kekangkan daripada menghasilkan nilai fungsi lain yang terletak dalam julat tertentu dan sama ada fungsi yang akan dimaksimumkan atau diminimumkan, atau sekurang-kurangnya salah satu fungsi yang nilainya dikekangkan adalah tak linear. |
string | rentetan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Susunan aksara yang boleh berbentuk ASCII, perenambelasan, bit perduaan dan yang seumpamanya. Walaupun rentetan boleh mempunyai panjang yang pelbagai namun panjang ini boleh dianggap sebagai panjang yang tidak tetap yang mempunyai kekangan masing-masing. Umumnya, dalam bahasa pengaturcaraan, rentetan boleh dibahagikan kepada dua jenis data rentetan, iaitu rentetan panjang tetap dan rentetan panjang boleh ubah. Rentetan panjang tetap adalah rentetan yang mempunyai panjang maksimum yang tetap, yang menggunakan saiz ingatan yang sama, sama ada panjang maksimum ini dicapai ataupun tiak dicapai. Rentetan panjang boleh ubah pula merupakan rentetan yang mempunyai panjang yang tidak tetap, yang menggunakan saiz ingatan bergantung kepada saiz atau panjang rentetan itu sendiri. Rentetan panjang boleh ubah sering digunakan dalam bahasa pengaturcaraan moden. |
metatag | metatag | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sejenis penanda khas bahasa tandaan hiperteks (HTML) yang digunakan untuk menyimpan maklumat mengenai laman web, tetapi tidak dipaparkan dalam pelayar web. Maklumat yang dibawa oleh metatag antaranya ialah pengaturcaraan yang digunakan untuk mencipta laman, huraian tentang laman dan kata kunci yang berkaitan dengan laman yang digunakan oleh kebanyakan enjin gelintar semasa mengindeks laman web untuk memudahkan carian selanjutnya. |
knot | buku kayu; simpul; buku; knot (unit) | Kejuruteraan | Tiada | 3. Parut pada kayuan yang menandai tempat dahan keluar dari batang kayu.,4. Knot: Kelajuan satu batu nautika sejam. 1 batu nautika adalah 1852 meter.,5. Keadaan apabila tugas tentu dalam sistem pelbagai pengaturcaraan tidak tertegun kerana ia menanti peristiwa yang tidak akan berlaku. |