controlling force diagram | gambar rajah daya pengawal | Mekanik | Gunaan | Gambar rajah yang menunjukkan perubahan daya pengawal pada pengawal imbang dengan jejari pengawal imbang itu. Lihat juga daya pengawal, pengawal imbang. |
control line | talian kawalan | Kejuruteraan | Tiada | Talian kereta api yang digunakan pada kereta api berbilang unit untuk menghubungkan pengawal-pengawal induk dengan gear penyentuh pada gerabak-gerabak yang berlainan. |
public address system | sistem siar raya | Kejuruteraan | Tiada | Kaedah elektronik untuk membesarkan keluaran bunyi pembesar suara, penyanyi atau alat muzik apabila bunyi terlalu lemah untuk didengari berbanding dengan kehingaran umum atau terlalu bergema. Unsur asas sistem ialah mikrofon, penguat, pengawal-pengawal dan pembesar suara. Sinonim: sistem pengukuhan bunyi. |
isochronous governor | pengawal imbang bersemasa | Mekanik | Gunaan | Pengawal imbang yang mempunyai laju keseimbangan yang sama untuk semua jejari putar. Bagi pengawal imbang jenis ini, sarung pengawal beranjak ke salah satu kedudukan yang paling jauh sebaik-baik sahaja laju berubah daripada laju bersemasa. Mana injap masuk bahan api akan terbuka atau tertutup sepenuhnya dan keseimbangan sukar dicapai. |
controlling force | daya pengawal | Mekanik | Gunaan | (bagi pengawal imbang) Daya memusat yang bertindak pada bebola yang berputar disebabkan berat sarung, daya pegas, dan sebagainya. Pada sebarang laju keseimbangan, daya pengawal sama dan berlawanan dengan daya empar. Lihat juga pengawal imbang. |
unstable governor | pengawal imbang tidak stabil | Mekanik | Gunaan | Pengawal imbang yang mempunyai jejari putarnya menurun apabila laju bertambah. Bagi pengawal imbang ini, laju keseimbangan pada kedudukan sarung paling bawah adalah lebih tinggi daripada laju keseimbangan pada kedudukan paling atas. Maka sarung itu akan sentiasa bergerak ke salah satu kedudukan had itu. |
power of governor | kuasa pengawal imbang | Mekanik | Gunaan | Kerja yang dilakukan padasarung pengawal bekalan bahan api untuk sesuatu perubahan laju yang tertentu; kuasa pengawal imbang sama dengan usaha min didarab sesaran sarung. |
final controller | pengawal akhir | Aeroangkasa | Tiada | Pengawal radar yang memberi arahan kepada juruterbang pesawat udara yang berada dalam fasa penerbangan sua akhir.,Satu aliran udara yang lapisannya selari dengan permukaan pesawat udara.,Pengawal radar yang memberi arahan kepada juruterbang pesawat udara yang berada dalam fasa penerbangan sua akhir. |
racing | lumbaan | Kejuruteraan | Tiada | Keadaan enjin apabila kadar-kadar kelajuannya berlebihan, disebabkan perubahan pada rintangan yang perlu diatasinya, atau ketiadaan pengawal imbang, atau pengawal imbang yang ada tidak sesuai. |
controller | pengawal; penguasa | Kejuruteraan | Tiada | Pengawal: Peranti yang menyelia trafik komunikasi dalam persekitaran komunikasi data dan membebaskan CPU untuk melakukan tugas pemprosesan. |