Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. orang yg mengawal, penjaga, pengawas: Taruna dan Aduka sama-sama menjadi ~ dan pesuruh penghulu yg setia; 2. orang yg mengawal (mengetuai) jabatan kerajaan yg tertentu: ~ Hasil Dalam Negeri; ~ Kastam; ~ kampung pasukan (orang) yg bertugas secara sukarela utk menjaga keselamatan kampung; ~ pantai (pasukan) petugas yg mengawasi lalu lintas kapal, mencegah penye­ludupan, membantu kerja menyelamat di laut dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 orang yg mengawal; penjaga; pengawas: ~ kampung. 2 orang yg mengawal atau mengetuai sesuatu jabatan kerajaan: ~ Kastam. 3 alat utk mengawal. ~ imbang ist alat utk mengawal sesuatu supaya seimbang. ~ peribadi pengawal atau orang yg tugasnya khas utk mengawal seseorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
insurance examinerpemeriksa insuransinsuransTiadaPengawal jabatan pengawal insurans yang ditugaskan mengaudit dan memeriksa pengurasan insurer.
plant growth regulatorpengawal atur pertumbuhan tumbuhanPerikananAkuakulturMolekul yang mempengaruhi perkembangan tumbuh-tumbuhan. Kebiasaanya, pengawal atur pertumbuhan tumbuhan ini sangat aktif pada kepekatan yang sangat rendah. Terdapat dua jenis pengawal atur pertumbuhan tumbuhan, iaitu pengawal atur pertumbuhan tumbuhan semula jadi dan pengawal atur pertumbuhan tumbuhan sintetik.
step-voltage controlpengawal voltan langkahKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPengawal penjana yang beroperasi dua langkah, sama ada memberikan keluaran relatif yang sangat rendah atau yang sangat tinggi.
gene regulatory systemsistem pengawal aturan genBioinformatikBioinformatik MolekulGabungan rangkaian elemen pengawal atur gen (promoter, operator, penggalak dan silenser) yang berinteraksi antara satu dengan lain dan/atau dengan biomolekul lain untuk menentukan pengekspresan RNA dan protein. Sistem ini memainkan peranan penting dalam morfogenesis yang merupakan tunggak dalam evolusi biologi perkembangan.
governor pressuretekanan pengawal imbangKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTekanan pada bahagian hujung injap anjakan, yang dikawal oleh tindakan pengawal imbang.
governorpengawal imbangKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat kawalan yang berfungsi menurut perubahan beban dan laju kenderaan.
coregulatorpengawal atur bersamaBioinformatikBioinformatik MolekulProtein di dalam sel yang dapat mempengaruhi pelbagai proses yang berkaitan dengan pengekspresan gen seperti permulaan transkripsi, pemanjangan RNA dan terjemahan mRNA kepada polipeptida.
governorpengawal imbangKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti yang mengawal peranti lain berasaskan kelajuan dan beban. Dalam enjin diesel, peranti ini mengawal kuantiti bahan api yang dihantar ke penyuntik. Sekiranya kuantiti bahan api terlalu tinggi, enjin akan berputar terlalu laju, manakala bekalan bahan api yang terlalu sedikit akan menyebabkan enjin mati. Sinonim penguasa laju.
safeguard sentinelpengawal lampu automatikKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPeranti elektronik yang boleh menghidupkan dan mematikan lampu depan secara automatik.
side guardpengawal tepiKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat untuk mengawal pergerakan kepingan logam daripada menjadi senget.
12345

Kembali ke atas