Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.cas] | ڤڠچس

Definisi : alat yg digunakan utk mengecas: dia mengecas baterinya dgn menggunakan ~ elektrik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.cas] | ڤڠچس

Definisi : alat yg digunakan utk mengecas (bateri). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengecas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wastegatepintu lepasanKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti yang digunakan untuk mengawal tahap maksimum tekanan galak dalam sistem pengecas turbo atau pengecas lam- pau. Injap peranti ini terbuka apabila tekanan pengecas turbo atau pengecas lampau melebihi tahap maksimum yang telah ditetapkan. Sebaliknya, injap akan tertutup apabila tekanan pengecas turbo kurang daripada tahap tersebut. Proses buka- tutup injap ini dikawal secara pneumatik atau modul kawalan elektronik (ECM).
intercoolerinterpendinginKejuruteraan AutomotifEnjinPenukar haba yang terletak di antara pengecas lampau atau pengecas turbo dengan pancarongga pengambilan. Fungsinya sebagai pendingin udara panas yang keluar dari pengecas lam- pau atau pengecas turbo. Pendinginan ini perlu untuk meninggikan ketumpatan bagi menambah kecekapan isi padu enjin.
boost pressuretekanan galakKejuruteraan AutomotifEnjinTekanan positif dalam pancarongga pengambilan semasa pengecas lampau atau pengecas turbo beroperasi. Tekanan ini dijana oleh kedua-dua peranti tersebut yang menolak udara masuk pada kadar yang lebih tinggi, menyebabkan udara dalam kebuk pembakaran menjadi lebih tumpat. Keadaan ini akan meninggikan kecekapan isi padu bagi sesebuah enjin dan menyebabkan kuasa keluaran enjin bertambah. Sinonim tekanan pancarongga.
overboostgalak lebihKejuruteraan AutomotifEnjinTekanan udara berlebihan dalam kebuk pembakaran yang di- janakan oleh pengecas turbo atau pengecas lampau. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya letusan semasa pembakaran dan boleh merosakkan enjin. Keadaan ini boleh dielakkan dengan menggunakan pintu lepasan. Pintu ini akan terbuka untuk melepaskan tekanan yang berlebihan dan mengehadkan tekanan galak maksimum.
quick chargerpengecas cepatKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat pengecas bateri yang menghasilkan arus cas yang tinggi dan dapat mengecas bateri dalam masa yang singkat.
turbochargerpengecas turboKejuruteraan AutomotifEnjinGabungan pemampat dengan turbin udara jenis emparan yang dipacu oleh gas ekzos. Komponen pemampat dalam pengecas turbo ini memaksa suatu amaun udara tambahan atau campuran udara-bahan api masuk ke dalam enjin dan dipacu oleh turbin yang dijalankan oleh aliran gas ekzos. Proses ini menambah- kan isi padu dan tekanan udara yang masuk ke dalam kebuk pembakaran. Tindakan ini meninggikan kecekapan isi padu dan seterusnya meningkatkan kuasa enjin.
wastegatepintu sisaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat kawalan yang dipasang pada pengecas turbo untuk mengehadkan tekanan penggalak, bagi mengelakkan kerosakan enjin dan pengecas turbo.
turbo lag;kelambatan turboKejuruteraan AutomotifEnjinKelengahan yang terjadi di antara pembukaan injap pendikit dengan pengecas turbo yang memberikan kuasa tambahan. Masa ini diperlukan oleh turbin dalam pengecas turbo yang melahu hingga laju galak. Tempoh ini sangat singkat, iaitu kurang dari setengah saat tetapi kesannya masih dapat dirasai pemandu.
superchargerpengecas lampauKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPam atau penghembus yang akan mengepam udara atau campuran udara-bahan api yang akan masuk ke dalam kebuk pembakaran untuk menambahkan jumlah campuran tersebut yang boleh dibakar supaya kuasa enjin bertambah.
turbochargerpengecas turboKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan Keretalihat: supercharger
12

Kembali ke atas