charging current | arus pengecasan | Kimia | Kimia Analisis | 1. Arus elektrik yang dialirkan dalam sel ketika proses pengecasan sedang dilakukan. Dalam proses ini tenaga elektrik ditukarkan kepada tenaga kimia yang tersimpan dalam sel tersebut. 2. Arus elektrik yang terhasil daripada aliran elektron apabila proses pengecasan titisan raksa terhadap larutan berlaku dalam polarografi. Ia merupakan salah satu komponen arus baki. bd. arus baki. |
recharging | pengecasan semula | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Proses pengecasan semula bateri yang melibatkan pemasukan arus elektrik ke dalam bateri dalam arah yang bertentangan dengan arus yang mengalir daripada bateri apabila berlaku proses nyahcas. |
gassing | gas pengecasan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Gas yang terkeluar daripada bateri semasa pengecasan. |
wireless charging | pengecasan tanpa wayar | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Proses atau perbuatan mengecas telefon pintar tanpa perlu memasang kabel padanya. |
charging rate | kadar pengecasan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kadar arus elektrik yang mengalir dari penjana ke dalam bateri. |
constant-current charging | pengecasan arus malar | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kadar mengecas bateri dengan kadar arus yang mengalir masuk ke bateri secara malar. |
constant-potential charging | pengecasan keupayaan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kaedah mengecas bateri dengan keupayaan malar. |
range anxiety | kebimbangan jarak | Psikologi | Tiada | Kerisauan terhadap kehabisan kuasa bateri kenderaan elektrik sebelum sampai ke destinasi yang dituju atau stesen pengecasan. |