Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.cu.tan] | ڤڠچوتن

Definisi : perihal atau perbuatan menge­cut(kan): ~ otot rambut membuat rambut berdiri lebih tegak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.cu.tan] | ڤڠچوتن

Definisi : perbuatan (hal dsb) mengecut atau mengecutkan: ~ otot-otot. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengecutan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shrinkage cavityrongga pengecutanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKetakselanjaran yang terhasil daripada proses tuangan. Proses ini berkemungkinan akan menyebabkan rongga terbentuk semasa berlakunya pemejalan dan pengecutan logam lebur. Perkara ini terjadi disebabkan oleh pengecutan yang tidak sekata semasa pemejalan logam lebur. Contoh rongga pengecutan ialah pengecutan makro dan pengecutan mikro.
shrinkagepengecutanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKetakselanjaran yang berlaku dalam proses tuangan apabila logam panas berbentuk cecair menyejuk dan menjadi pepejal. Ketika logam berada dalam keadaan cecair, logam tersebut memenuhi ruang yang lebih besar berbanding dengan keadaan pepejal. Pengecutan akan berlaku apabila logam di bahagian tengah acuan yang paling akhir menjadi beku dan menghasilkan rongga.
dystrophydistrofiHerbaFitoterapiPengecutan otot secara berperingkat disebabkan oleh faktor pemakanan yang tidak sihat.
vaginismusvaginismusPerubatanPsikiatriPengecutan otot di luar kawal pada bahagian luar kemaluan wanita yang menghalang aktiviti seksual.
overreactionlebih reaksiSains KesihatanTiadaPengecutan otot ekstraokular secara berlebihan.
underreactionreaksi kurangSains KesihatanTiadaPengecutan otot ekstraokular yang lemah.
spasm of accommodationkejang akomodasiSains KesihatanTiadaPengecutan berterusan otot siliari yang menyebabkan akomodasi berlebihan.
ecbolicekbolikHerbaFitoterapiBahan yang berupaya meningkatkan pengecutan rahim dan digunakan untuk memudahkan proses bersalin atau pengguguran kandungan.
convulsantkonvulsanHerbaFitoterapiBahan yang mengakibatkan konvulsi atau pengecutan otot spasmodik yang teruk dan di luar kawalan.
accommodative spasmspasme akomodasiSains KesihatanTiadaLebih akomodasi akibat pengecutan berlebihan kawal otot siliari.
12

Kembali ke atas